Sunday 25 March 2012

Sebuah Kehilangan..





Assalamualaikum.. Salam Sedih Di Hari Isnin..

Hilang..hilang..hilang….

Banyak benda yang hilang, tapi boleh diganti balik…
Tapi ada juga yang hilang, walau diganti tetap masih teringat kat yg lama gak..

Handphone..
Baru beberapa bulan lepas kehilangan hp. Hp yang menjadi buah tangan pertama aku bila habis study dulu..Gaji pertama lak tu, 4 tahun guna.Walaupun tak canggih mana  tapi disebabkan itu adalah gaji pertama, maka kehilangannya masih dirasai..

Gugu si Kapogi..
Juga telah meninggalkan aku pada hari Jumaat yang lalu. Hilang ghaib tanpa dapat dijejaki.. Agak terkilan bila tak dengar pesan mak supaya letakkan Gugu & Nunu kat tempat yang lebih tinggi. Tapi yang aku musykilkan, cemana kekura yang kaki pendek tu leh panjang bekas tu yang menghilangkan diri entah ke mana. Musykil! Musykil..Maka hari ni tinggallah si Nunu sendirian..So, nnt kena cari pengganti Gugu..Sedih :( 


Sahabat..
Pernah rasa “kehilangan” sahabat baik bila kami terpaksa membawa haluan memasing setelah tamat tingkatan 5. Huhuhu, punyalah merana hidup aku bila tetiba rasa terpaksa berjalan terkontang kanting seorang diri tanpa kekawan. Dan aku hampir phobia nak bkawan rapat ngan org. Tapi akhirnya, kecanggihan teknologi telah menemukan kami semula. Sekarang saya dah dapat semula kawan2 baik saya. Juga teringat, banyak2 kawan kat UPM dulu yang terus kekal sangat baik ngan saya cuma sorang je.Terima kasih Rohaini Zakaria, Nurul Akmal Mohd Yusoff, Nur Hazwani Ahmad Kamal, Suhana Sabran, Siti Sarah Hamzah, Rozana Razali, Siti Zubaidah Zainuddin & Munira Sabri  kerana terus jadi sahabat baik saya.


Tapi kehilangan terbesar dalam hidup aku berlaku pada tahun 2004. Sekelip mata, kami kehilangan ahli keluarga. 20 Disember 2004. Arwah adik aku meninggalkan kami dalam keadaan dia sihat walafiat. Meninggal akibat kemalangan jalan raya. Suatu kehilangan yang tak mungkin akan dapat penggantinya.Kehilangan yang membuatkan kami tersentak dari lamunan, kehilangan yang membuatkan kami menghargai kewujudan ikatan kekeluargaan, kehilangan yang membuatkan kami sedar tentang peritnya suatu perpisahan. Semoga arwah adikku, MOHD RIDWAN BIN SITI MAHNI tenang di persemadian, tenang menghadap PenciptaNya.

Al-Fatihah untuk arwah adikku.. 



Hargailah sesuatu itu, selagi ia milik kita..



No comments:

Post a Comment