Loading...

Thursday, 26 April 2012

MENYINTAIMU SATU ANUGERAH & NIKMAT

Ibu..Mummy, Mama..Ummi..


Erm..macam-macam panggilannya, tapi yang pasti dia lah manusia yang pernah berkongsi jasad dengan kita.
Emak... Besar peranannya dalam kehidupan ini..

Kadang kala mak menjadi TEMPAYAN BESAR
Tempat kami mencurahkan segala rasa bengkek di hati..
 Rasa marah kat bos
 Rasa menyampah tak memasai kat pegawai kerajaan
 Rasa tak puas hati dengan teman seperjuangan
Mak la tempat mencurah perasaan tu, sampai penuh TEMPAYAN mak dengar..


Kadang kala, mak terpaksa membesarkan telinga seperti TELINGA GAJAH
Mendengar segala macam cerita kami yang ntahapahapa ni..
Cerita kelakar, jatuh longkang
Cerita bahagia, bila hati disunting sang cinta
Cerita giler, mengenakan teman sebilik
Cerita gembira, bila dapat naik gaji..
Sebesar-besar TELINGA mak pinjamkan kepada kami.. 


Kadang kala, mak menjadi TV PLASMA 60 INCI
Menayangkan cerita adik beradik yang tersebar jauh
Menayangkan cerita gelagat cucu yang menakal
Juga menayangkan cerita ayam, itik yang selalu dibaham musang..
Sangat jelas tanyangan tu kami tengok..


Kadang kala, Mak menjadi ENSIKLOPEDIA & KAMUS TEBAL..
Istilah - istilah mak guna kadang-kala aku xpenah tau
Istilah - istilah mak pakai kadang kala meliputi sains, agama, geografi
Istilah -istilah mak keluarkan siap dengan maksud..
Wow, kagumnya aku..

Kadang kala, Mak bertukar menjadi INTERNET
Klik tentang keagamaan, berdesup  cerita - cerita nabi, hukum hakam
Klik tentang politik, tertera pasal PAS, UMNO, KEADILAN
Klik tentang masakan, berderet resepi - resepi keluar, siap dengan petua lg You. Pakej tau!
Klik tentang cinta, maka keluar kisah - kisah hidup dia dengan abah..
Luasnya pengetahuan mak..


Tempayan Besar ke,
Telinga Gajah ke,
TV plasma 60 inci ke,
Ensiklopedia & Kamus Tebal ke,
Internet ke..
Itu semua harta dunia, yang semua orang boleh beli..

 Tapi mak..
Satu - satunya insan yang pernah berkongsi jasad dengan kita..
Satu - satunya insan yang kekal menjadi nadi kita..
Satu - satunya insan yang terus menjadi tulang belakang kita..

Kadang - kala bukan duit yang dia mahukan,
Cukuplah sebuah ingatan yang kita berikan padanya..
Sesekali pulang ke kampung atau menghubunginya di telefon sudah cukup besar bagi mak..

Anugerah Tuhan PALING BESAR bila hati kita terus kekal menyintai kedua orang tua...

SAYA MENYINTAI MAK SAYA!!! 
3 generasi, Mak, saya & anak-anak...

p/s: setiap kali entry pasal famili, saya akan bergenang air mata...






Thursday, 19 April 2012

Feeling like BONDA..


Assalamualaikum.. jawab sambil teersenyum tanda anda sedang menikmati hidup ni..

Puas melihat anak-anak membesar di depan mata. Walaupun anak-anak tu  hanya anak buah. Agaknya macam ni la kan perasaaan seorang ibu & ayah yang melahir, membesar dan mendidik anak – anak dengan tangan sendiri. Pahit manis tanggungjawab tu  mereka sendiri yang rasa, bukannya dipindahkan kepada bibik  atau pengasuh.

Anak-anak akak... Nak masuk 5 bulan Ogos ni..Insya Allah..

Aku ada tujuh anak buah dari tiga orang adik beradik aku yang dah kawin. Yang lebih menyeronokkan tahun ni tahun kegemilangan kami (insyaAllah) sebabnya, kesemua mereka sedang pregnant & akan bersalin pada Julai & Ogos ni. Insya Allah. Makanya semakin bertambah la anak- anak aku lepas ni. Semoga kebanjiran anak – anak buah ni mengajar & mendidik diri aku menjadi lebih baik lagi lepas ni.
anak-anak dee..Nak masuk 3 bulan Julai ni..Amin

Yang paling penting, aku dapat belajar dan mempersiapkan diri menjadi seorang ibu. Belajar mandikan diorang, buatkan susu, beri makan, handle diorang yang menggila tatkala Nampak barang permainan kat pasaraya. Ya Allah, bukan senang nak buat benda tu semua,silap hari bulan merasa la tapak kaki saiz 6 aku ni.. Ececeh..( dok penah pung aku buat, terfikir pun tak penah lagi, time nak menulis ni je laju benda tu kuar). 
anak alang..nak masuk 2 bulan Ogos ni. Alhamdulillah..

Pada aku, nak belajar jadi ibu ni bukan masa dah kawin, bukan masa dah mengandung, tapi dari sekarang ni la kena belajar. Semoga nnt tidak la kekok. Ye dak!!  Tapi perlu diingatkan belajar jadi ibu sebelum kawin itu bukannya bermaksud perlu mengandung sebelum nikah ya, tidak! Tidak! Jangan buat begitu, aku tak sarankan begitu. Jaga la diri sebaiknya, semoga nanti Allah permudahkan perjalanan kehidupan kita & ditemukan dengan bakal pasangan yang sekufu dengan kita.

Thursday, 12 April 2012

Masalah..maslaah..masalah...




Jangan Anggap Masalah itu sebagai halangan
Anggaplah ia sebagai Permainan
Bila kita menganggap masalah itu sebgai halangan, kita akan terseksa dan sengsara untuk mengharunginya
Tapi bila kita menganggapnya sebagai suatu permainan, kita lebih teruja untuk menamatkan permainan itu dan menjadi pemenangnya..


Siapa saja, apa pun status diri mereka, masalah tetap akan singgah menjengukkan diri dalam kehidupan seseorang. Cuma terpulang kepada orang itu untuk bertindak & berhadapan dengan masalah tersebut. Apa yang pasti, masalah untuk diselesaikan bukan untuk ditangisi. Semakin cepat kita selesaikan permasalahan yang timbul, semakin tenang kehidupan yang dilalui. Kalau kita cuma meratapi dan kemudian mencanang ke seluruh buana tentang masalah tersebut tanpa ada usaha untuk menyelesaikannya, cemana masalah tu nak selesai. Betul tak??


Bagi aku, masalah itu tidak harus dianggap sebagai halangan untuk terus cemerlang dan maju dalam kehidupan ini. Sebenarnya, masalah itulah yang menjadikan seseorang sebagai wira, mengorak langkah menjadi hebat, cemerlang dan terbilang. Pernah dengar kan kata – kata ni??



                   Orang cemerlang selalu melihat peluang dalam setiap masalah
Orang bodoh pula selalu melihat masalah dalam setiap peluang yang diberikan.

Apapun keadaaannya, siapa pun yang mencetuskan permasalahannya, orang bijak akan selalu mengambil pengajaran dalam setiap apa yang berlaku pada dirinya, baik atau buruk!!. Secara peribadinya, kita perlu berterima kasih pada orang yang mendatangkan masalah pada diri kita. Kenapa???

 Sebabnya :

1.       Kerana dialah kita belajar tentang ERTI KESABARAN
2.       Kerana dialah kita belajar tentang SEBUAH PENGHARGAAN
3.       Kerana dialah kita belajar tentang MAKNA KESUSAHAN
4.       Kerana dialah juga kita belajar tentang KEMATANGAN

Sebenarnya dari maslah itulah Allah melihat keimanan dan ketakwaan seseorang itu kepadaNYA. Sama ada ia semakin meningkat atau semakin menjunam.

Cuba bayangkan hidup ni tanpa manusia macam diorang ni, cuba bayangkan hidup ini sentiasa bahagia, cuba bayangkan hidup ini penuh kesenangan, cuba bayangkan hidup ini TANPA MASALAH. Sangat bosan kan!! Sebab itulah Allah SWT mewujudkan sesuatu itu penuh sebab, DIA takkan adakan sesuatu tanpa sebab yang boleh memberi iktibar kepada kita HAMBANYA. Orang BERIMAN akan selalu melihat PENGAJARAN & ILMU dalam setiap detik kehidupannya, sedangkan orang DANGKAL akan sentiasa melihat setiap yang berlaku itu sebagai PEMUSNAH kehidupannya.



Mahu cemerlang atau sebaliknya, itu PILIHAN KITA….

Tuesday, 3 April 2012

Benci Seadanya...


Tak hagak2 kau nak ngumpat pun.. Habis bersembur segala air dlm mulut tu.. Eyak!!!”
                                                       

Assalamualaikum..dah lama tak post entry ..

Hidup ni pelik kan..Kadang kala tanpa semena – mena orang menyampah giler kat kita. Kadang – kala kita lak menyampah cam nak pengsan kat orang tu.

Alkisahnya…

              “Selalu gak tengok “Si A” benci giler kat “Si B”. Pantang disebut nama si B, maka dia mula la berapi2. Tak cukup mulut nak bercerita tentang rasa menyampah kat orang tu. Bila diteliti – teliti semula, aku sendiri taktau kenapa perlu wujud perasaan macam tu, sedangkan si B tu mungkin tak peernah sedar langsung tentang kewujudan Si A kat muka bumi ni. Nak terlentang ke, tunggang terbalik ke, takde plak pernah dikesahkan. Yang pasti aku tengok si B tu terus saje bahagia. “


             Ermmm..pelik kan kehidupan ni. Pada aku, apapun kisah dan kenangannya yang terjadi di masa lalu, anggap la ia secebis kisah untuk mewujudkan kematangan diri. Jangan terlalu diikutkan rasa menyampah & benci tu, kerana takut suatu masa nnt di suatu perjalanan yang entah bila akan sampai ke penghujungnya ini, orang yang kita benci tu la akan datang menghulurkan bantuan. Takde sape tau kan..


              Membenci la seadanya, sayang juga perlu seadanya. Rasa yang keterlaluan tu hanya akan memakan diri. Baik buruk sesuatu perkara dalam kehidupan ni, ada timbal baliknya yang Allah dah tetapkan.

          Belajar memaafkan & belajarlah akui kesilapan, dari situ, kita akan belajar menjadi ANGGUN & UNGGUL.