Loading...

Wednesday, 26 December 2012

Aku, Temerloh dan Ikan Patin


Huwaaaaaaaaaaaaaaaa..
Lama giler tak menggiler kat sini, habis bersawang dah belog aku ni..huhuhu.. Tetiba terasa nak bercerita pasal ikan patin. Ikan patin masak tempoyak!! Ha la, yang pemes giler kat Pahang tu, lebih tepat lagi kat Temerloh. Aku la salah seorang warga Temerloh. Hihihihi..

Macam – macam cerita aku dengar pasal ikan patin masak tempoyak Temerloh. Siap masuk surat kabar lagi, I tell uolls!!! Huhuhu. Sungguhpun aku ni anak jati warga Temerloh, sepanjang hayat aku yang dah suku abad ni, tak pernah pun makan ikan patin. Bukan berlagak ke hape, tapi memang anak tekak ni tak boleh nak masuk, takkan aku nak paksa – paksa lak. Actually, bukan ikan patin je aku tak makan, semua ikan air tawar pun aku tak makan. Muhahahha, perasan orang bandar betul kan..

Dulu, bila mak suruh belajar masak ikan patin, aku selalu bagi alasan;
'tak makan ikan tu, takyah belajar pun takpe la mak.’ 

Lepas tu mak aku sepantas kilat cantas;
'yela ko tak makan, esok-esok kawin laki ko nak makan ikan tu baru terkial-kial nak cari resepi.Kalau mak hidup lagi boleh la ko nak tepon2, kalau mak dah takde cemana.’ 

Gulpppp!!!! Amboi mak..Baik la mak, anak mak yang comel ni belajar la memasang, walaupun agak geleman gak nak pegang ikan yang licin tu..Hihihihi.. Then, mak bagi petua. Kalau taknak ikan tu licin, cuci dengan air beras, bau hanyir pun hilang.

Dalam nak tak nak tu, makanya terhasil la PATIN MASAK TEMPOYAK ini. First time buat, bawak balik kampubg, adik –adik aku hok dua orang tu sikit punya komen tak henggat.Itu kurang, ini kurang, serba kurang ikan patin aku..Hahahahaha…Apapun inilah hasilnya..Tarra…


PATIN MASAK TEMPOYAK CIK AIN...

Bahan2:

~ Tempoyak (sesuka hati korang la nak letak banyak mana)
~Terung bulat 2-3 biji (idea abah)
~ Cili padi 10-15 biji (kisar)
~ Secubit kunyit
~Garam secukup rasa
~Asam keping 2 keping
~ Daun cemomok (ala, daun busuk macam daun kunyit tu)
~ Sejag air
~ Ikan patin 4-5 ketul

Cara2 :

~ Masukkan tempoyak,cili padi yg dikisar, serbuk kunyit, daun cemomok terung dan air, PANASKAN
~ Pastu, masuk asam keping, garam dan ikan patin..
~ Tunggu kejap, tarra..siap sudah.. 

Makanya, jadi la patin masak tempoyak cik Ain >_<

Selamat Mencuba!!!!!

No comments:

Post a Comment