Loading...

Wednesday, 20 June 2012

Mak pesan...


Mak pesan;

“Nanti kalau kawin jangan letak hantaran tinggi-tinggi, kesian kat orang laki nak cari duit.”
Kuselak –selak helaian buku, terbaca; sebaik2 perkahwinan adalah yang paling sedikit perbelanjaannya.
Mak pesan;

“Nanti sebelum kawin, stabilkan ekonomi sendiri dulu. Nanti boleh tolong suami, mana la tau kalau suami excident ke, cacat ke, anak2 ko terbela..”

Mak pesan;

“Nanti kalau nk kawin jangan pilih calon suami je, calon mertua, ipar duai pun kena tengok gak. Kang dapat mertua yang tak sebulu, adik beradik ipar yang hasad dengki, merana hidup ko. Kawin ni bukan untuk sehari dua je.”

Mak pesan;

 Baca buku ni, ilmu kawin ni bukan kena cari seminggu sebelum nak kawin, bukan sebulan. Sejak sekarang ni. Jangan nanti, orang sibuk nak kawin ko pun sibuk nak kawin. Orang dapat pahala dari perkahwinan tu, ko mengumpul dosa.

Kata mak kat aku, sambil hulurkan buku,’suami isteri yang diseksa’.

                 Erm, tu la pesanan – pesanan mak beberapa tahun dulu. Nampak macam simple je. Untuk aku memenuhinya punya la payah (sampai sekarang buku tu dari hari pertama sampai lani, bab 1 tu tak berganjak2 lagi). Yang aku paling suka, bila mak kata bukan calon suami je yang kena pilih, calon mertua pun kena tengok  gak. Masa mak cakap tu, aku buat- buat kusyuk menyiapkan hantaran adik yang nak bertunang. Tak amik pot pun mak cakap. Tapi sekarang ni sikit – sikit baru aku faham, nasihat – nasihat mak tu memang sangat betul.

1.                         Jangan letak hantaran tinggi2, belanja kawin bagai nak rak, pastu lepas habis kenduri mula pening pasal hutang lak. Kujeling kehidupan seseorang ni, erm, kesian dia. Masa kawin dulu sikit punya gak tak hengat. Tup2 bercerai tak sampai 3 tahun kawin.

Sebuah buku dari seorang ibu.

2.                   Stabilkan ekonomi sendiri dulu. Erm, betul gak cakap mak tu. Zaman sekarang ni macam satu keperluan lak suami isteri perlu bekerja, tak kira la yang keje makan gaji ke, keje jadi boss sendiri ke, kategori kerja gak la tu. Tolong menolong suami isteri. Kujeling2 kawan2 yang dah kawin, kebanyakannya memang suami isteri bekerja. Keje gomen ke, keje swasta ke, keje sendiri ke, apa2 je la asalkan dapatkan duit untuk tampung kehidupan.

3.                     Pilih mertua & ipar duai yang baik. Erm, kujeling2, kupandang2 sekeliling, patutla mak cakap gitu. Kadang – kala, suami bagus, adik ipar cam hantu, adik ipar bagus, mak mertua lak kaki hasut. Begitu la cerita – cerita kawan2 yang aku dengar. Seriau dibuatnya. Mujur yang aku dpt ni baik2 saja >_<.

4.                Betul cakap mak, perkahwinan tu saluran untuk kita mengutip pahala, bukannya tempat mengumpul dosa. Kalau la, hutang perkahwinan tak selesai2 sampai ank dah 2, asyik berbalah laki bini, ada pahala ke kat situ?. Kalau la tiap2 bulan duit asyik tak cukup je, istei mengomel nak beli gelang, anak merengek nak dibelikan mainan, mau botak kepala si ayah.. Ish,ish,ish.. Dan, kalau la setiap kali bertemu ipar duai, bertemu mertua, hati asyik bengkek je, asyik muncung sedepa je, asyik nak kata mengata, bahagia ke perkahwinan tu? Erm, sbb tu mak suh baca buku ni. Tambah ilmu!!

Tapi, sampai sekarang mak tak pernah lak cakap,

‘Teh, ko kena kawin bila umur ko dah 27 tahun. Kalau ko tak kawin pada umur 27 tahun, ko jangan ngaku aku ni mak ko”.

 Gulp, serius, aku tak pernah dengar mak cakap gitu. Seingat aku la memang tak pernah ada pun. Huhu..

Yang penah aku dengar abah bertanya,

’Teh pakwe awk org mana’

Orang xxxxx abah’

Amboi jauhnya, puas la abh nk berarak esok, nape tak pilih orang kampong sebelah je macam ngah,’

 kata abah sambil tersengeh2 memandang ngah.
 Hahahahha, tu la abah, suka ngat menyakat…

Tapi yang aku heran, lagi pelik dan ajaib tu, nape lak la orang lain yang asyik sibuk tanpa rasa penat, selalu sangat bertanya,

 ‘bila ko nak kawin, nurul.’

‘ Bila la aku dapat makan nasi minyak ko ni ain”. 

Erk!! Perlu ke nak Tanya – tanya soalan macam tu?.

Sampai masa dan ketikanya, akan kulayangkan kad tersebut, so jangan Tanya. Kesian kayt orang bujang cam aku ni. Banyak lagi benda lain yang nak difikir..

No comments:

Post a Comment