Wednesday 14 March 2012

Check In at Gambang...


Assalamualaikum..semoga diriku dan kalian semua dilimpahi Rahmat dariNYA..        



            Sekali sekala lari dari kesesakan bebanan kerja di opis memang menyeronokkan. Buat aktiviti yang jauh menyimpang daripada aktiviti pejabat menerbitkan kepuasan peribadi yang susah nak diluahkan dengan kata – kata. Ye la, kerja –kerja kat pejabat tu sekalipun adalah bidang kita, orang kata makanan kita, tapi kalau dah hari – hari mengadapnya bosan gak kan.

So, sesekali g bercuti bersama kawan – kawan,family atau buah hati dapat gak release tension. Oh,keje aku memang sangat mudah terbelit dengan rasa tension. Lebih – lebih lagi kalau tiba ‘musim mengawan’ pakcik boss, memang sakit hati, sakit jiwa, sakit perasaan. Kiranya sume sakit la. Hihihi, musim mengawan tu adalah istilah kami gunakan bila bos berada dalam mood kalut. Habis sume benda nak urgent. Kalau boleh, sehabis dia bercakap tu, sebaik  perkataan yang diluahkan tu, makanya siaplah apa yang dia nk. Sape tak tension. Nak – nak keje bahagian aku ni, yang sangat banyak perkara kena ‘deal’ dengan orang kerajaan, memang parah la. Korang tau je la orang kerajaan keja cemana. Dengan protocol-protokolnya, dengan kerenah birokrasinya, dengan system yang selalu down. Memang sangat menyentap kesabaran aku.  Bos aku ni lak, bangsanya Korea. Dia bukan faham dengan kerajaan kita bekerja, tau nya nak siap je. Kadang kala aku rasa cam nak salai je mamat mata sepet ni. Buat makan si Gugu ngan Nunu.Tu pun kalau Gugu & Nunu nak makan la.
Dua budak debab tak sabor nak mandi ..




Berbalik pada kisah mereleasekan tension ni, hari tu aku adalah g ke gambang. Ikut Abang & kakak ipar aku bercoti. Kalau ikutkan hati malas nak g, yo la, depa nak g hari Sabtu, sedangkan Jemaat tu aku koje. Makanya nak balik ke kampungnya ntah bila. Kebetulan hari tu keje habis lewat, kul 7 lebih baru siap, dan nak dijadikan cerita gak, Mr. Viva aku yang tak penah – penah meragam tu tetiba takleh nak distart. Check punya check, rerupanya kena ganti bateri baru. Udahnya, dah memalam gitu mana aku nak cari bengkel ye dak. Mujurlah adik account ni kenal sorang brother ni, makanya dia pun tolong la aku beli dan tukar bateri tu.  Mulanya, mamat tu kata nak buat sok je, sebab bateri jenama aku pakai tu dah sold out, aku cakap kat dia aku nak balik malam ni gak, nak taknak dia meredah la Semenyih carik bateri, wahhaha..Siapnya kul 9 lebih, memang xleh nak balik dah..Giler siot, dari beranang ke Lanchang mau makan 3 jam. Sat g kena menempuh kesesakan jalan raya kat KL, maunya sampai 5 jam atas jalan raya. Fikr punya fakir, aku kata kat abh tak jd la nak balik, sbb dah lewat sangat..

Tapi bila di pk2 semula, kesian lak kat diorang. Beria – ia mengajaknya. Dan malam tu, aku pun packing barang, kemas2 rumah, tido dua tiga jam, jam 4 pagi aku gerak balik ke Pahang. Terkojut omak den, pukul 7pagi den terpacak kek dopan rumah. “ Woi teh, awk mengigau ke? Awal benor sampainya.” , kabor dek Tam. Aku sempat goring nasi dulu sebelum bergerak ke Gambang, punyalah awal sampai kampong..wahahhaha..

Aku dan si mata cantik, Nur Aina Aliesya (konpius je muka dia..hahhahah)
                            

Pada aku secara peribadinya, Gambang tak la sebest Sunway Lagoon. Banyak lagi kekurangannya kalau nak dibandingkan dua tempat tu. Mungkin sebab baru lagi kot, dan proses pembangunannya masih dilakukan. Lebih 4 jam di Gambang tu, kami hanya berendam je. Sebabnya, si debak 3 orang tu tak nak naik – naik. Puas dah diajak naik, siap buat mogok lagi. Ades, next time plak ye kita pergi, kak Ayin, Qaseh & Aina >_<.  Satu lagi pasal Gambang yang aku kurang berpuas hati, makanan dan cenderahtinya adalah mahal. Kalau pergi Buki Merah dan Sunway Lagoon takde la rasa sangat kemahalannya. Ermmm.. mungkin sebab Gambang tu berada di negeri Pahang kot, makanya aku merasakan ia terlalu mahal. Wahahaha, boleh ke gitu.
Bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi air..

Apa-apa pun, percutian di Gambang sekurang – kurangnya dapat juga membawa aku lari dari kesesakan tugasan harian di opis ni. Bermandi manda, melihat insane-insan yang kita sayang bergembira juga sesuatu yang membahagiakan dan mereleasekan tension. Dan yang paling penting, aku telah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak, adik dan mak sedara. Itu sebenarnya satu kepuasan peribadi, kebahagiaan yang tak dpat pada aktiviti lain.

Ketiduran setelah penat berjimba dalam air...



No comments:

Post a Comment