“Kadang – kala ‘berperang’ dengan orang yang kita
sayang/rapat juga membawa kebaikan”
Korang rasa cemana? Betul ke?
Pada
aku ada betulnya..Sebab melalui perbalahan itulah kita akan lebih mengenali
pasangan. Juga menyedari kelebihan dan kekurangan diri.
Sebaik
– baiknya…
1
1. Apabila
bergaduh, janganlah terlalu lama, seelok- eloknya, selesaikan perselisihan
faham tu pada hari itu juga. Dalam Islam pun, benarkan kita bergaduh paling
lama pun 3 hari je kan.
2 2.
Jangan
disimpan dalam hati. Kerana tidak mustahil ia akan menjadi barah yang akan
merosakkan sesuatu perhubungan. Sayangkan kalau perhubungan tu musnah dek sebab
yangsebenarnya boleh diselesaikan.

4. Berterus - terang dalam menghadapi perbalahan
tersebut. Luahkan kepadanya apa yang menyebabkan kita tersinggung
dengannya. Daripada memendam perasaan
dan membuat konklusi sendiri lebih baik bertemu muka dengannya dan selesaikan
secara dewasa.
5. Kawal perasaan
dan bersikap dewasa. Letakkan akalmu benar-benar di tempatnya, kat mana? Akal bukan kat kepala lutut tau.
Tips Menjalinkan Perhubungan Menurut Islam.
1 1.
Memberitahunya
bahawa kita kasih dan suka kepadanya
- Rasulullah S.A.W bersabda : “ Jika seseorang
kasih kepada seseorang, maka hendaklah dia
memberitahu temannya".(HR Abu
Daud)
2.
Apabila
berpisah dengan sahabat, hendaklah mendoakan sahabat tersebut tanpa dia
- Rasulullah bersabda : Setiap hamba Muslim yang mendoakan
saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat
dengan berkata, ‘Engkau juga akan
mendapat seumpamanya.’’
( HR Muslim)
3 3.
Sentiasa
bermanis muka ketika berjumpa.
- Rasulullah bersabda, ‘’Janganlah kamu
meremehkan kebajikan
sedikitpun sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan
ceria”.”(HR Muslim)
4 4.
Segera
bersalaman ketika bertemu.
-
Rasulullah
S.A.W bersabda : ‘’Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti
akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”. (HR Abu Daud)
5.
Sentiasa
menziarahi sahabat kita.
- Rasulullah
bersabda:”Hendahlah kamu menziarahi sekal’I – sekala, nescaya akan bertambah kasih
sayang antara kamu”.
6.
Memberi
hadiah.
-
Rasuullah
S.A.W bersabda :”Hendahlah kamu saling member hadiah, nescaya kamu akan
berkasih sayang.’(HR Tabrani)
7. Membantu
sahabat – sahabat dal’am kesusahan.
-
Rasulullah
S.A.W bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya adalah
lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan”. (HR Hakim)
"Hargailah sahabat/pasangan kita tu selagi dia
ada. Jangan nanti, orang dah menjauh baru rasa rugi dan kehilangan".
Entry ini terilham daripada rasa rindu kepada sahabat - sahabat karibku di bangku sekolah dahulu. Kurang lebih dua minggu lagi kami akan bertemu
>_< See you there my dear friends.
Reunion di rumah Cik Puan Nurul |
![]() | ||||||
Pertemuan di PD bersama Cik Puan Nurul |
* Credit utk Cik Puan Nurul (http://qasehadam.blogspot.com) untuk gambor2 reunion kami.
No comments:
Post a Comment