Loading...

Monday, 24 September 2012

Kisah SENGAL di hari JUMAAT


Tetiba teringat kisah yang berlaku beberapa bulan lepas. Kisah sengal yang buat aku berkata, ‘Ya Allah, aku mohon padaMu, hilangkan la wajahku sehingga aku keluar dari bangunan ini.amin’.

Muhahaha…lawak!! Serius, tiap kali aku ingat kejadian ni, aku rasa nak lempang2 muka sendiri. Kenapa la aku sengal sangat ‘time’ tu.

Kisahnya terjadi bila aku secara ‘last minute’ kena attend satu appointment kat satu bank di tengah-tengah ibu kota. Last minute tu, klik aku ni terang-terang kat aku macam ni macam tu, pastu pandai – pandai la aku settle kan. Sangat!!!  Udah la bank tu, terletak kat tengah KL, aku tak penah menjejakkan kaki ke situ, nak mencari bangunan bank tu satu hal, nak bersoal jawab dengan officer dia satu hal. Dia lak bagi keje last minute, terang kat aku pun kurang 30 minit. Sangat giler aku rasa, dan yang akan tanggung keje giler ni adalah AKU!!

            Wallawei, kenapa la aku selalu kena tersepit dengan keadaan macam ni. Menyampah betul! Kompem la aku pergi situ, dengan perasaan sebal. Kalau gagal discussion ni pun, lantak p depa la. Sape suruh beritahu last minute.

Aku dengan sebal – sebal ubi, nak tak nak pergi la juga. Dua tiga kali call orang bank tu  tanya kat mana bangunannya. Dua tiga kali gak la aku bertawaf kat area PUDU SENTRAL tu. Last sekali, sebab dah boring, kredit pun dah makin menyusut, aku lenjan je cari sendiri bangunan bank tu. Ikut gerak hati, Alhamdulillah jumpa gak akhirnya.  Bank ni pelik sikit, udah la letaknya kat tengah Bandar, makin payah visitor pulak tak boleh nak parking dalam bangunan tu. Aiseh, apa ke hal la plak eh. Nak tak nak, disebabkan dah terlalu tebal rasa sengal, sebal dan bebal dalam diri, aku pun parking kat bangunan sebelah. Huh, apa la. Bank kaya raya gini pun tak boleh nak provide parking untuk visitor.

Tapi, Alhamdulillah la, senang je dapat parking kat bangunan sebelah tu. Molek – molek parking kat situ.Tengok tapak parking nombor berapa, tengok tiang nombor berapa, tengok semua yang membolehkan aku ingat tempat parking tu. Yang paling aku ingat, parking tu berada di TINGKAT DUA!! Okeh, done!!

Jam, 1:20 ptg. Wallawei, aku nya appointment tu kul 1:30 pm. Berdesup cari lift, pintu dan tangga untuk ke bangunan sebelah. Makanya di sini la start segala kesengalan dan peristiwa tragis tu.

Okey, pung pang pung pang ngan officer bank tu. Kelentong sana sini, cakap itu ini, catat situ sini. Makanya settle la problem syarikat. Tiba la masanya nak balik. 
Bayar parking

Dan terus menuju ke lift…

Masuk dalam lift..

 Tekan tingkat dua.

Keluar lift, menuju ke pintu tempat parking…

Eh, kenapa rasa lain macam je ek tempat ni. Salah lift kot..

Ok, masuk semula lift, naik lagi satu pintu..

Tekan tingkat dua lagi..

Keluar & menuju ke pintu tempat parking lagi..

Aik, ni tempat sama tadi kan.

Erm, tak boleh jadi ni..

‘Amoi, amoi..saya nak pergi tempat parking kat tingkat dua la, nak ikut mana ek?”

‘Tingkat 2?? Ni la tingkat dua, tapi kat sini tak ada parking ma..’

Erk, sebal giler, cuak giler.. tak boleh nak berfikir dengan waras dah. Nafas tersekat kat kerongkong..Otak STUCK!! Serius!!

‘U try turun bawah, Tanya pak guard tu, maybe he’s can help u”
“okey, thank you amoi’

Masuk lift, turun bawah, jumpa pak guard.
Kali ketiga aku keluar masuk lift yang sama, staff laki kat situ yang baru balik sembahyang Jumaat mesti ingat, ‘anak sape la sesat ni’,
tak pun mungkin diorang cakap, ‘budak kampong mana la ni, tak penah jumpa lift ke’.  Huk, bencinya aku…

‘uncle, saya nak pergi tempat parking, tapi saya lupa saya parking kat mana. Saya cuma ingat tingkat 2 je’.

‘ You naik lift ni, tekan tingkat dua, masuk kiri’

Thank you uncle’

Masuk lagi lift tu, kali keempat kooooottttttttt.
Tekan tingkat 2, masuk kiri.
Oh, kat sini parkingnya..
Lega, jumpa tempat parking..
 Berdesup cari keta.
Ya Allah, mana keta aku ni..
Genyeh – genyeh bijik mata.
Betul la, keta aku takde kat sini..
Mana keta ni....

Aghhhh..berdesup darah naik ke kepala..
Rasa bahang giler, otak jem.. tak boleh pikir apa2..
Yang pasti, yang aku ingat aku tanggal high heel tu, aku raba dengan kaki petak aku parking keta tu, kot – kot keta aku jadik kecik macam dalam cite Doremon tu.
Oh, serius.. Rasa macam tak masuk akal je tindakan aku ni.

Mana ni, keta ni..

Habis la keta aku kena curik, mesti diorang dah bawak lari keta aku, dah bawak ke kedai besi buruk.

Ya Allah, sape nk gantikan keta aku ni. Sape nak amik aku ni, cemana aku nak balik.

OPIS!! Kena call opis ni.

Zup, gugur jantung. Dengar operator telefon tu kata, baki kredit aku tak cukup.ada 3 sen je.
Aggghhhhhhhh.. cemana ni, cemana , cemana..

Air mata dah tak boleh nak disekat – sekat dah.
Kali ni memang mati aku, nak kena menjawab dengan mak abah.

Teresak – esak aku nangis kat sini, habis mascara kat mata mencair. Dah ghupe mak lampir dah.

Ahh, lantak la.. Tak sempat nak control ayu dah. Rasa macam nak terjun je bangunan ni.
 Serius, tak boleh nak berfikiran rasional dah.

Tiba – tiba, sebijik keta parking kat petak aku parking keta tu.
Keluar tiga empat orang budak laki, baru balik sembahyang Jumaat agaknya.

pernah gak lupa parking keta kat KLIA, jenuh mencari..lastt2 panggil pak guard carikan..hihihi
‘Kenapa dik??’  Waaaaaaaa, makin lebat la air mata aku.

‘Tadi, saya parking keta kat sini. Pastu saya g bangunan sebelah. Pastu saya dtg balik, pastu..pastu..pastu..’

‘adik pasti ke kat sini’

“Saya pasti bang, no petak keta C5, tingkat 2, mati la sy. Mesti mak abah saya pancung kepala saya.”

Depa pandang aku, pandang sesame sendiri..

“Hahaahahahahaha”.. GELAK?? Sialan sungguh, aku macam nak putus nyawa ni, depa sesedap mee goring je gelak.

‘Dik, ni tingkat 3, tengok tu?. Tingkat 2, adik kena naik lift tu, turun ke bawah. Hahahhahahahhaha’

Erk, kurang ajar sungguh depa ni. Gelakkan seorang gadis ayu seperti aku. Kompem la muka aku time tu, merah padam. Tak pandang belakang dah. Berdesup aku lari.

Okey, fine. Salah aku, patutnya aku ucap terima kasih dan tak perlu berlari.
Gedebuk, high heel aku???

Hahahahhahahha…suara gelak tu makin kuat… aku benci!!!


p/s : Korang nak cakap apa pun, terpulang la. Tapi sila baca betul2 dan cari seberapa banyak pengajaran dari kisah tragis aku ni. Serius.. aku bersumpah tak nak ke bangunan tu. Biarla, bos nak pecat aku pun aku sanggup..Hahahahaha…aku sengal!!!