Loading...

Thursday, 26 July 2012

Sebuah Catatan Seorang Aku...


Alkisahnya.........

Sedang aku bertungkus – lumus menyiapkan keje yang urgent & perlu disiapkan segera, tiba- tiba….Tet..tet..tet..hp aku bunyik menandakan ada mesej masuk.
‘ko, sibuk ke skrg?’

Kerana masih banyak dokumen yang belum complete, sementelah jam dah menunjukkan jam 2:30 ptg & aku belum solat, makanya mesej tu kuabaikan saja. Takut nanti jika dilayan, makanya segala kerja jadi terbengkalai.

10 minit kemudian, tet..tet..tet..sekali lagi  mesj masuk.
 “ko sibuk lagi ke? Aku ada hal penting nak beritahu ko ni.Masalah besar ni.  Klu ko dah free mesej aku ek”.

‘OK’.

 Ringkas je aku balas, malas nak taip panjang2, sebab kerja masih belum siap. Lagipun, aku harap dia faham yang aku betul –betul tengah sibuk.

Tet..tet.. mesej masuk lagi dan lagi dan lagi.. Isi mesejnya masih sama, mengharapkan aku ‘hadir’ padanya pada ketika itu juga. Aku tak mampu nak membalas mesej-mesej yang masuk, kerana aku dah diberi ‘warning’ untuk menghantar dokumen ni pada hari ni gak.

Tup..tup..

Naik nama dia di ruangan chatting kat FB,’Ko buat apa, xsiap lagi ke keje.Aku tengah serabut ni, jiwa tak tenang, hati tak tenang, aku nk luah perasaan kat ko.”

‘jap, aku nak siapkan keje ni. Jap lagi aku nk g Imigresen, Zohor pun belum lagi. Ko cite je, jap lagi aku balas’.

‘Erm, kalau bz xpe la’. 

Tup, terus hilang dari ruang chat room tu. Memikirkan kami dah berkawan lama, aku meletakkan nilai persahabatan tu kat paling atas. Juga memikirkan yang dia  sedang berhadapan  masalah ‘besar’, maka aku rasa agak bersalah, cepat2 siapkan keje, g solat  & mesej dia. 

‘Beb, kenapa? Aku dah siap keje. Ko ada masalah ke?’

‘Takde apa la’, jawab dia mendatar.

‘Ko macam ada masalah besar je’, tanyaku sambil cuba memancing apa yang ada kat kepala hatuk dia time tu. Yela, bertalu – talu mesej aku, tak puas kat hp, dia ‘hai2-bai2’ kat fb lak. Cuak gak aku.. Kot laki nak ceraikan dia ke hape, tak pun husband ada orang lain ke. Mana la tau kan..

‘Aku malam tadi tak boleh tidur, sebab pk minggu depan nak kena g kursus kat Penang. Aku tak tau tempat tu kat mana, dah la kena p sorang2, aku malas nak bawak keta, nak naik bas tak tau nak naik kat mana, bla..bla..bla..bla..’

Ermmmmmmmmmmmmmm..itu je ke masalahnya. Masalahnya itu MASALAH BESAR ke? Atau masalah tu sengaja DIBESARKAN?. Dan yang lebih penting, mampu ke aku selesaikan MASALAH dia tu..

# Kadang-kala, kita sengaja membesarkan keadaan yang sebenarnya boleh dikecilkan.

# Kadang-kala , kita sengaja menjadikan sesuatu keadaan tu sebagai MASALAH, sedangkan jika kita BESARKAN minda kita akan nampak sebenarnya itu adalah PELUANG.

# Kadang-kala, kita terlalu memanjakan diri, enggan berasa susah dengan dugaaan yang dihadapi dengan mengheret sama orang lain dalam keadaan tu. Sedangkan, kita sendiri tahu orang tu, tak mampu nak buat apa-apa.

# Kadang-kala, kita secara tak sedar bersikap mementingkan diri sendiri dengan melibatkan orang lain dengan permasalah yang kita sendiri cipta.



SESEKALI BOLEH TAK


1.   Kita tengok pada diri kita, dan berkata,”Oh, Allah bagi aku ujian2 ni sebab dia nak aku jadi makin kuat’. Jangan asyik nak mengeluh, meratap, meresah dan ntahapahapa lagi dengan masalah yang kecik tu.


2.      Kita cuba letakkan diri kat tempat orang yang kita nak luah perasaan tu, kita menggesa-gesa dia sedangkan pada masa kita menggesa dia tu, dia tengah berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Entah2 masa kita bercerita masalah tu kat dia, dia sebenarnya tgh risau tentang kesihatan ayah dia ke(contoh le)

3.      Kita belajar untuk bezakan antara masalah, cubaan, dugaan, peluang & apa2 je la. Jangan sumenya yang datang, kecik ke besar kita declare benda tu sebagai masalah.

4.      Kita belajar untuk menghargai kehidupan orang lain. Menghargai yang orang tu pun punya warna – warni kehidupan dia sendiri, jangan 24 jam, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, kita asyik bercerita tentang ‘masalah’ kita padanya. Sebaik manapun dia, dia juga manusia, punya ‘masalah’ sendiri.  Yang peliknya, time masalah je orang tu la dicarik, time bergembira tak fikir plak pasal kawan kita tu.



# Pengalaman ni kutulis lepas beberapa minggu kejadian, ketika aku dah berada di paras kewarasan paling neutral..hihihihi..