Loading...

Sunday, 25 March 2012

Sebuah Kehilangan..





Assalamualaikum.. Salam Sedih Di Hari Isnin..

Hilang..hilang..hilang….

Banyak benda yang hilang, tapi boleh diganti balik…
Tapi ada juga yang hilang, walau diganti tetap masih teringat kat yg lama gak..

Handphone..
Baru beberapa bulan lepas kehilangan hp. Hp yang menjadi buah tangan pertama aku bila habis study dulu..Gaji pertama lak tu, 4 tahun guna.Walaupun tak canggih mana  tapi disebabkan itu adalah gaji pertama, maka kehilangannya masih dirasai..

Gugu si Kapogi..
Juga telah meninggalkan aku pada hari Jumaat yang lalu. Hilang ghaib tanpa dapat dijejaki.. Agak terkilan bila tak dengar pesan mak supaya letakkan Gugu & Nunu kat tempat yang lebih tinggi. Tapi yang aku musykilkan, cemana kekura yang kaki pendek tu leh panjang bekas tu yang menghilangkan diri entah ke mana. Musykil! Musykil..Maka hari ni tinggallah si Nunu sendirian..So, nnt kena cari pengganti Gugu..Sedih :( 


Sahabat..
Pernah rasa “kehilangan” sahabat baik bila kami terpaksa membawa haluan memasing setelah tamat tingkatan 5. Huhuhu, punyalah merana hidup aku bila tetiba rasa terpaksa berjalan terkontang kanting seorang diri tanpa kekawan. Dan aku hampir phobia nak bkawan rapat ngan org. Tapi akhirnya, kecanggihan teknologi telah menemukan kami semula. Sekarang saya dah dapat semula kawan2 baik saya. Juga teringat, banyak2 kawan kat UPM dulu yang terus kekal sangat baik ngan saya cuma sorang je.Terima kasih Rohaini Zakaria, Nurul Akmal Mohd Yusoff, Nur Hazwani Ahmad Kamal, Suhana Sabran, Siti Sarah Hamzah, Rozana Razali, Siti Zubaidah Zainuddin & Munira Sabri  kerana terus jadi sahabat baik saya.


Tapi kehilangan terbesar dalam hidup aku berlaku pada tahun 2004. Sekelip mata, kami kehilangan ahli keluarga. 20 Disember 2004. Arwah adik aku meninggalkan kami dalam keadaan dia sihat walafiat. Meninggal akibat kemalangan jalan raya. Suatu kehilangan yang tak mungkin akan dapat penggantinya.Kehilangan yang membuatkan kami tersentak dari lamunan, kehilangan yang membuatkan kami menghargai kewujudan ikatan kekeluargaan, kehilangan yang membuatkan kami sedar tentang peritnya suatu perpisahan. Semoga arwah adikku, MOHD RIDWAN BIN SITI MAHNI tenang di persemadian, tenang menghadap PenciptaNya.

Al-Fatihah untuk arwah adikku.. 



Hargailah sesuatu itu, selagi ia milik kita..



Wednesday, 21 March 2012

Marilah Kejo Sekueknyo...


Assalamualaikum… Cerita malam tadi disebarkan hari ini…

Berjam mengadap laptop tanpa  menaip apa – apa. Mendengar dan berkongsi cerita dengan teman serumah sambil  menyelak majalah juga menyelak kenangan silam menimbulkan tawa antara kami.

Dari satu bab, ke satu bab kami beralih. Huhuhu..Macam – macam benda nak diceritakan. Itu kalau masing – masing ada nafsu bercakap, kalau tak, aku dalam bilik aku, dia lak ‘berpesta’ dalam bilik gelap dia tu. Hahahha, kesian dia, sejak masuk umah ni, bilik memang gelap. Bukan taknak tukar mentol, masalahnya lampu umah kami tu canggih benor, xreti aku nak tukar mentolnya. 


lampu2 "canggih" di rumah kami..grrrr
Kalau setakat mentol biasa cam dalam bilik mandi tu, aku panjat je setiap kali mentol tu terbakar. Setiap kali?!!  Ye…Sejak enam bulan lalu bermastautin kat sini, ntah berapa banyak mentol dah terbakar.. Grrrrrrr. Tension! Tension! Disebabkan kami dua orang ni, keluar pagi balik malam,makanya macam malas la pulak nak pegi cari orang tukarkan mentol. Biarkan je la, Cik housemate pun macam dah syok je dok bertapa dalam bilik gelap dia tu. Hehehehe..

Malam ni, kami bertukar – tukar cerita tentang pengalaman keja di tempat sebelum – sebelum ni. (Nampak sangat dah banyak kali tuko keje..ehehhe) Macam – macam majikan kami jumpa. Macam – macam teman sepejabat yang ditemui. Macam – macam pengalaman yang dirasai. Semua tu menjadi guru yang mengajar aku dan dia erti kedewasaan supaya lebih relevan dalam menghadapi cabaran berkerja.

Cakap pasal berkerja ni, aku dan kawan – kawan memulakan pagi kami dengan ‘doa dhuha’. Doa yang pertama kali aku dengar dan menerbitkan air mata aku. Sangat tersentuh membaca bait – bait doa ni.


                                                       DOA DHUHA

Baca doa di bawah ni sebelum memulakan kerja juga bagus, supaya pekerjaan yang dilakukan itu diberkati.
‘’ Ya Allah, aku memohon kepada-Mu
 kebaikan pekerjaan ini dan 
segala kebaikan yang ada di dalamnya, 
dan aku berlindung pada-Mu daripada
keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan 
yang ada di dalamnya. Sesungguhnya Engkaulah 
yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.”


Seelok –eloknya, niatkan lah pekerjaan yang dilakukan itu kerana Allah SWT, kerana dengan itu, ia akan dianggap sebagai suatu IBADAH.


“Apabila seseorang itu keluar berusaha untuk 
anaknya yang masih kecil, maka ia berada di jalan Allah.
 Apabila seseorang itu keluar berusahan untuk 
kedua ibubapanya yang telah tua maka
 ia berada di jalan Allah. Apabila seseorang itu
 berusaha untuk dirinya sendiri agar terjaga
 kehormatannya maka ia berada di jalan Allah”
 HR Al’- Thabrani.

(* ini plak aku terbaca dalam majalah Iman..)

Marilah kita berusaha dan bekerja dan meniatkannya ke jalan yang diredhaiNya.


Tuesday, 20 March 2012

Begini Caranya Bersahabat...



 
“Kadang – kala ‘berperang’ dengan orang yang kita sayang/rapat juga membawa kebaikan”

Korang rasa cemana?  Betul ke? 

Pada aku ada betulnya..Sebab melalui perbalahan itulah kita akan lebih mengenali pasangan. Juga menyedari kelebihan dan kekurangan diri. 

Sebaik – baiknya…

1    1. Apabila bergaduh, janganlah terlalu lama, seelok- eloknya, selesaikan perselisihan faham tu pada hari itu juga. Dalam Islam pun, benarkan kita bergaduh paling lama pun 3 hari je kan.


2  2.   Jangan disimpan dalam hati. Kerana tidak mustahil ia akan menjadi barah yang akan merosakkan sesuatu perhubungan. Sayangkan kalau perhubungan tu musnah dek sebab yangsebenarnya boleh diselesaikan.

   3. Jangan dicanang ke merata dunia. Mencanang perbalahan dengan seseorang yang kita sayang/rapat kepada orang lain hanya akan memburukkan keadaan. Juga menyebabkan orang lain mengambil kesempatan di atas keadaan itu untuk mengharu – birukan hubungan kita dengan sahabat/pasangan. Jangan menyalahgunaankan kecanggihan teknologi masa kini seperti Facebook & Twitter untuk melakukan serang hendap kepada orang tersebut. Dengan menyebarkannya kepada orang orang lain, hanya akan menampakkan sikap kebudak-budakan kita, terutamanya jika kita terlalu ‘meroyan’ dan mengeluarkan kata – kata yang tidak elok didengar.


     4. Berterus - terang dalam menghadapi perbalahan tersebut. Luahkan kepadanya apa yang menyebabkan kita tersinggung dengannya.  Daripada memendam perasaan dan membuat konklusi sendiri lebih baik bertemu muka dengannya dan selesaikan secara dewasa.  

5. Kawal perasaan dan bersikap dewasa. Letakkan akalmu benar-benar di tempatnya, kat mana? Akal bukan kat kepala lutut tau.


Tips Menjalinkan Perhubungan Menurut Islam.

1    1.    Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya
          - Rasulullah S.A.W bersabda : “ Jika seseorang kasih kepada seseorang, maka hendaklah dia
            memberitahu temannya".(HR Abu Daud)

          2.   Apabila berpisah dengan sahabat, hendaklah mendoakan sahabat tersebut tanpa dia 
         mengetahuinya.
        - Rasulullah bersabda  : Setiap hamba Muslim  yang mendoakan 
          saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat 
         dengan berkata, ‘Engkau juga akan mendapat  seumpamanya.’’
         ( HR Muslim)

3   3.   Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa.
          - Rasulullah bersabda, ‘’Janganlah kamu meremehkan kebajikan 
            sedikitpun sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan 
            ceria”.”(HR Muslim)

4  4.  Segera bersalaman ketika bertemu.
-         Rasulullah S.A.W bersabda : ‘’Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”. (HR Abu Daud)

       5.  Sentiasa menziarahi sahabat kita.
-      Rasulullah bersabda:”Hendahlah kamu menziarahi sekal’I – sekala, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu”.

     6.  Memberi hadiah.
-         Rasuullah S.A.W bersabda :”Hendahlah kamu saling member hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang.’(HR Tabrani)

      7. Membantu sahabat – sahabat dal’am kesusahan.
-         Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya adalah lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan”. (HR Hakim)


 "Hargailah sahabat/pasangan kita tu selagi dia ada. Jangan nanti, orang dah menjauh baru rasa rugi dan kehilangan".

 
Entry ini terilham daripada rasa rindu kepada sahabat  - sahabat karibku di bangku sekolah dahulu. Kurang lebih dua minggu lagi kami akan bertemu >_< See you there my dear friends.

Reunion di rumah Cik Puan Nurul

Pertemuan di PD bersama Cik Puan Nurul

















* Credit utk Cik Puan Nurul (http://qasehadam.blogspot.com) untuk gambor2 reunion kami.

Friday, 16 March 2012

Kapogi..tortoise..kekura..

      
KAPOGI.....Benda pe tu? huhu, itulah maksud kura2 dalam bahasa Korea.Dalam bahasa Omputihnya adalah tortoise.. Ye, mereka adalah menatang yang sama. Yang berkaki empat, jalan terkedek2, lombab, keras kematu, yang sokmo bawak “beg galas” kemana saje mereka pergi.Menatang tu la yang aku suka. Kiranya menatang peberet la tu, menatang peliharaan. Orang marhain lain selalu bila ditanya menatang peliharaan, mereka akan jawab sugar glider, hamster, meow2, ikan la..Aku lebih suka memelihara KAPOGI.

menceretek kapogi dalam keto den..
 Dolu masa mula – mula, aku just ada satu je kapogi. Tu pun yang keras kejung. Bukan yang bernyawa, itulah pemberian “seseorang” kepada aku, sekali dengan kehadiran “Mr.Viva”. Lama gak la dia menjadi penghias “Mr.Viva” ku itu. Sampaila satu ketika, masa wedding adik angkat a.k.a bakal biras aku kat Taiping, kapogi aku tu hilang, di kebas Mat2 Terap, kekawan adik – adik aku..Hamun aku dibuatnya. Mulanya memang aku tak perasaan apa yang hilang, aku cuma rasa macam ada something je yang tak cukup dalam ketaku itu, sampai la mak bertanya, “ Mana kura-kura ko dalam ni?”. Ye, baru aku tersedar yang kapogi ku itu telah lesap, selidik punya selidik punya selidik, maka tau la si bebudak askor tu yang berminat sgt dengan kapogi aku ni, maka dia pun ambik. Tension dok korang, dah la bagi pinjam keta, dikebas lak den punya barang yang den sayang. Haish, tapi bila mengenangkan yang depa ni kawan – kawan adik aku, makanya biar je la. Lagipun elok gak hilang, sementelah orang yang bagi aku kapogi tu pun dah hilang dalam hidup aku..Wehehhehe >_<…

Kapogi yg dtg drpd Indonesia..
Tapi sejak dihadiahkan dengan kura – kura tu, maka makin bercambah – biak la keminatan aku kepada haiwan yang satu ini. Haiwan exotic yang selalu dikaitan dengan sifat lembab, lambat dan berat.itu menjadi kegilaan aku. Sekarang ni, dah ada beberapa cenderahti kecil – kecil yang aku beli bila berkesempatan bercuti. Ada juga yang dihadiahkan rakan dan ahli keluarga. Seronok aku tengok haiwan tersebut menghiasi kereta dan rumahku. Dan keluarga serta beberapa rakan terdekat juga dah tau kegilaan aku terhadap kapogi ni.Event, anak buah aku yang berusia lima tahun tu pun tau aku suka menatang ni, siap dihadiahkan aku "seekor" kapogi yang comel.

Hadiah "kecil" dari sorang ank buah..Kak Ayin

            Kenapa saya suka kura-kura?? Selalu gak ditebak dengan persoalan tu. Budak Korea yang dua ketul tu dulu pun penah gak tanya," Kak, kakak suka ini ya." Dengan pelat Indonesia depa gagah nk tahu kenapa aku suka ngat menatang ni. Aku..berfikir sejenak mencari kata -kata terbaik, yang ringkas tapi sampai maksudnya. Ye la, kalau bercakap dengan budak - budak Korea celup Indonesia ni tak boleh nak sastera sangat bahasanya. Kang tak faham jenuh lak aku nak explain bebanyak kali. Bila orang selalu tanya aku kenapa suka kura – kura..Ermmmmmmmm… >_<. 

" Kura - kura adalah satu makluk yang nampak lemah tetapi ia sangat kuat. Jalan terkedek – kedek dengan beban kat belakang badan yang di bawak tu, kadang kala kita yang tengok ni rasa cam nak sepak je kan. Tapi pada aku, itulah keistimewaan kura –kura. Tanpa pernah kenal erti jemu, dia setia bawak cengkerang tu, sebagai perlindungan dia daripada mara bahaya. Kan senang, tak perlu menyorok kat mana – mana, masuk tangan masuk kaki, masuk kepala dan ekor, maka selamat la ia daripada jadi santapan sang harimau..Macam tu la bagi sorang wanita, perlu mempersiapkan diri dengan “perlindungan” yang paling ampuh. Perlu di bawak kemana – mana saje, supaya diri sentiasa selamat."

        “Kebolehan menatang ni hidup dua alam juga mengkagumkan aku. Walaupun dilihat lemah, tapi dia mampu meenyesuaikan diri di mana – mana je. Aku nak jadi macam tu la, boleh menyesuaikan diri kat mana – mana je. Walaupun takde la popular dan mungkin gak tak dipandang sesape, tapi perjuangan untuk meneruskan hidup tu yang penting.”
Koleksi Kapogi saya..

         Banyak kisah kura – kura yang boleh kita dengar dan memperlihatkan keistimewaannya. Salah satunya cerita dongeng, arnab dan kura – kura. Dalam cerita tu, kura – kura digambarkan sebagai seekor haiwan yang berusaha keras tak penah kenal erti jemu. Azamnya kuat untuk menamatkan perlawanan walaupun dicerca oleh sang arnab. Akhirnya, sume orang tau kan kesudahannya, berkat keaaman yang tinggi tu la, dia menang pertandingan tersebut. Siapa sangka si lembab, berat dank eras kematu tu boleh kalahkan arnab yang teerkenal dengan sifat lincahnya..

          Kisah kura – kura dan arnab yang ditonjolkan dalam dalam Buku Murabbi Cinta, bab kelapan bertajuk,  Jangan, Monyet! Jangan! Muka surat 34. Ada pengajaran menarik dalam kisah tersebut. So sila – ila la dapatkan buku tu. Buku tu sendiri pun memang sangat menarik isi kandungannya. 

Buku ni la yg den kato..sngat menarik &
banyak input untuk diketahui..Mmg tak rugi beli..
             Apapun ia, bagaimana pun bentuk penciptaannya, setiap daripada itu ada kelebihan dan kekurangannya. Yang membezakan sesuatu tu dengan sesuatu adalah bagaimana dia memanipulasi bakat yang dimiliki.. 


                  Tapi sekarang ni, setelah berbelas - belas kapogi comel yang aku kumpul, aku mula mengorak langkah memelihara kapogi yang betul2 hidup..Gugu dan Nunu namanya. Sangat comel dan menghiburkan hati. Itulah teman aku, masa aku tinggal sesorang kat umah dulu. Itulah teman sepanjang jalan bila kau perlu balik ke Kampung atau Gombak. Bercerita dengan Gugu dan Nunu tentang stress yang dihadapi kadang - kala boleh melegakan otak. Mungkin ia salah satu cara terapi jiwa yang baik.. 
 Gugu..Si kuat makan
Nunu..si lemah lembut..


Salam cinta untuk semua >_<




Wednesday, 14 March 2012

Check In at Gambang...


Assalamualaikum..semoga diriku dan kalian semua dilimpahi Rahmat dariNYA..        



            Sekali sekala lari dari kesesakan bebanan kerja di opis memang menyeronokkan. Buat aktiviti yang jauh menyimpang daripada aktiviti pejabat menerbitkan kepuasan peribadi yang susah nak diluahkan dengan kata – kata. Ye la, kerja –kerja kat pejabat tu sekalipun adalah bidang kita, orang kata makanan kita, tapi kalau dah hari – hari mengadapnya bosan gak kan.

So, sesekali g bercuti bersama kawan – kawan,family atau buah hati dapat gak release tension. Oh,keje aku memang sangat mudah terbelit dengan rasa tension. Lebih – lebih lagi kalau tiba ‘musim mengawan’ pakcik boss, memang sakit hati, sakit jiwa, sakit perasaan. Kiranya sume sakit la. Hihihi, musim mengawan tu adalah istilah kami gunakan bila bos berada dalam mood kalut. Habis sume benda nak urgent. Kalau boleh, sehabis dia bercakap tu, sebaik  perkataan yang diluahkan tu, makanya siaplah apa yang dia nk. Sape tak tension. Nak – nak keje bahagian aku ni, yang sangat banyak perkara kena ‘deal’ dengan orang kerajaan, memang parah la. Korang tau je la orang kerajaan keja cemana. Dengan protocol-protokolnya, dengan kerenah birokrasinya, dengan system yang selalu down. Memang sangat menyentap kesabaran aku.  Bos aku ni lak, bangsanya Korea. Dia bukan faham dengan kerajaan kita bekerja, tau nya nak siap je. Kadang kala aku rasa cam nak salai je mamat mata sepet ni. Buat makan si Gugu ngan Nunu.Tu pun kalau Gugu & Nunu nak makan la.
Dua budak debab tak sabor nak mandi ..




Berbalik pada kisah mereleasekan tension ni, hari tu aku adalah g ke gambang. Ikut Abang & kakak ipar aku bercoti. Kalau ikutkan hati malas nak g, yo la, depa nak g hari Sabtu, sedangkan Jemaat tu aku koje. Makanya nak balik ke kampungnya ntah bila. Kebetulan hari tu keje habis lewat, kul 7 lebih baru siap, dan nak dijadikan cerita gak, Mr. Viva aku yang tak penah – penah meragam tu tetiba takleh nak distart. Check punya check, rerupanya kena ganti bateri baru. Udahnya, dah memalam gitu mana aku nak cari bengkel ye dak. Mujurlah adik account ni kenal sorang brother ni, makanya dia pun tolong la aku beli dan tukar bateri tu.  Mulanya, mamat tu kata nak buat sok je, sebab bateri jenama aku pakai tu dah sold out, aku cakap kat dia aku nak balik malam ni gak, nak taknak dia meredah la Semenyih carik bateri, wahhaha..Siapnya kul 9 lebih, memang xleh nak balik dah..Giler siot, dari beranang ke Lanchang mau makan 3 jam. Sat g kena menempuh kesesakan jalan raya kat KL, maunya sampai 5 jam atas jalan raya. Fikr punya fakir, aku kata kat abh tak jd la nak balik, sbb dah lewat sangat..

Tapi bila di pk2 semula, kesian lak kat diorang. Beria – ia mengajaknya. Dan malam tu, aku pun packing barang, kemas2 rumah, tido dua tiga jam, jam 4 pagi aku gerak balik ke Pahang. Terkojut omak den, pukul 7pagi den terpacak kek dopan rumah. “ Woi teh, awk mengigau ke? Awal benor sampainya.” , kabor dek Tam. Aku sempat goring nasi dulu sebelum bergerak ke Gambang, punyalah awal sampai kampong..wahahhaha..

Aku dan si mata cantik, Nur Aina Aliesya (konpius je muka dia..hahhahah)
                            

Pada aku secara peribadinya, Gambang tak la sebest Sunway Lagoon. Banyak lagi kekurangannya kalau nak dibandingkan dua tempat tu. Mungkin sebab baru lagi kot, dan proses pembangunannya masih dilakukan. Lebih 4 jam di Gambang tu, kami hanya berendam je. Sebabnya, si debak 3 orang tu tak nak naik – naik. Puas dah diajak naik, siap buat mogok lagi. Ades, next time plak ye kita pergi, kak Ayin, Qaseh & Aina >_<.  Satu lagi pasal Gambang yang aku kurang berpuas hati, makanan dan cenderahtinya adalah mahal. Kalau pergi Buki Merah dan Sunway Lagoon takde la rasa sangat kemahalannya. Ermmm.. mungkin sebab Gambang tu berada di negeri Pahang kot, makanya aku merasakan ia terlalu mahal. Wahahaha, boleh ke gitu.
Bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi air..

Apa-apa pun, percutian di Gambang sekurang – kurangnya dapat juga membawa aku lari dari kesesakan tugasan harian di opis ni. Bermandi manda, melihat insane-insan yang kita sayang bergembira juga sesuatu yang membahagiakan dan mereleasekan tension. Dan yang paling penting, aku telah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak, adik dan mak sedara. Itu sebenarnya satu kepuasan peribadi, kebahagiaan yang tak dpat pada aktiviti lain.

Ketiduran setelah penat berjimba dalam air...



Friday, 9 March 2012

Poning den kojo ngan KOREA ni...

Assalamualaikum... pembuka bicara petang ni....

       Hari ni den berbosar hati nk berkongsi cerito pasal kojo dongan majikan berbangso Korea. Dah setahun lobih den kojo dongan diorang ni. Macam - macam pengalaman den tompoh sepanjang den kojo dongan diorang ni. Ado pahit ado manis, ado payau, ado masam, macam - macam ado la pendek katonyo. 

        Dolu, maso den mulo - mulo menjojakkan kaki kek kilang ni, den ingatkan big boss den tu cino kito jo ni. Den punyo la suko sobab den memang pasang impian nak berkojo dongan orang Cino. Pado den, kojo dongan Cino laie sonang, kalau diorang nak marah, diorang marah situ yo, kalau diorang suko kek situ la diorang puji kito melambung. Pengalaman den kojo dongan majikan Melayu sobolum ni memang menyentak jiwa kelakian den. Memang den raso cam nak bagi penyopak yo kek bos den tu, tapi disobabkan badan den ni kocik, tak mampu la den nak bagi, kek nanti dio sopak den terpelanting jauh den dibueknyo.

        Big boss den sorang Korea yang tak tau cakap Melayu walaupun dah banyak tahun dio kek negaro kito ni. Tapi den respek gak la kek dio ni, walaupun tak tau cakap Melayu, bukan orang Islam, kek nyo la dio ni hormat agamo kito. Masih sediokan surau tompat den ngan kawan - kawan den nak solat. Dio takdo la plak halang atau suh solat copat - copat. Kadang - kalo den tgk, budak - budak senior dulu dok kek surau tu sampai sojam..Apo kobonda eh dibueknyo, den pun tak tau la. Mungkin berdoa agaknya, takpo la..Bos pun takdo la plak bising. Dulu, maso den kojo kek company Melayu, buek program agamo laie, time sombahyang pun kadang kalo miss. Kadang - kalo sengajo dimisskan, kadang kalo siap dibagi fatwa lak oleh boss den dongan bini dio tu. Hamlo botul la. Mujurlah den tak lamo kek situ. Tak larat den nak dongar fatwa - fatwa merepek diorang. Fatwa yang paling den ingat la dio kato, " kita buat program agama ni pun dikira ibadah, so kalau tak solat Jumaat tu pun xpela." Macam tu la lobih kurang. Den taknak jadi tikus ikut torjun dongan labu - labu. 

          Big boss den ni, kalau dio tongah kayo memang suko bolanjo makan. Kalau tak belanjo kek kodai, dio boli la apo2 goreng - gorengan untuk kami.huhuhu..Lagi satu, bos den ni kadang kalo songal nak mamp...Selambo badak yo dio mintak konci keto staff dio poie makan dongan staff korea lain. Motipnyo sobab taknak keno charge lobih. Wehehhe, bijak bonar. Yang selalu jadi mangso peminjaman ketonyo adalah den dongan Azreen, cik akaun. Sobabnyo, kami yo sonang nak dibuli kot..huk!

takdo kaitan pun dongan cito den, sajo yo kembalikan konangan silam..

         Selain pokcik big boss ni, den ado duo laie opismate Korea. Hok sorang ni masa mula - mula sampai dulu memang tak pandai sepatah haram pun cakap English, Melayu apatah lagi. Dah ghupe ayam ngan itik bercakap.( Alih bahasa la plak, lenguh tengkuk cakap bahasa orang). Punya la payah nk berkomunikasi dengan mamt ni. Kadang2 aku rasa cam nak bagi penyepak je. hihihi, Tapi sekarang ni dia dah ok sikit cakap Melayu, aku pun dah belajar sikit2 bahasa Korea. Time dia ajar aku bahasa Korea memang garang, asik kena ketuk je tangan aku dengan pensil sebab tulisan tak betul. Anyang ha sayor, anyangi ka sayor, odi ga sayor..sikit2 sajuk..

           Mamat ni ok, dulu je dia belagak sikit, sebab ank buah big boss. Tapi la ni dah ok. Walaupun begitu, dia ni selalu la kena buli & jadi bahan lawak aku ngan yang lain..Hahahha..Best!!!

Oh ya, aku nak cite hok yang tak best nya kalau keje ngan Korea ni. Depa ni selalu sangat nak buat keje last minit. Ya Allah, sangat la tensen.Kalau boleh, dan - dan dia habis bercakap tu apa yang dia nak tu dah siap. Kalau tak siap memang sesak nafas la orang yang dapat arahan tu, nak poie toilet pun tak sempat. Hamun je.

           Errrr..cam panjang sangat la plak dok ngepek pasal orang Korea ni. Huhuhu..Next time mungkin boleeh sambung kot.. >_<

p/s: den nak tepek muko pokcik big boss xdo lak dalam simpanan den.. next time maybe!!



    



Wednesday, 7 March 2012

satu..dua..tiga..kisah ini bermula...

Wacha....Assalamualaikum...

          Aku nak mengaktifkan semula diri dalam dunia penulisan..Sebabnya, aku kalau tak dapat menulis  habis semua  kata-kata tu beergerak je dalam kepala otak ni. Tak boleh nak keluar ke mana - mana, pastu stuck kat situ je. Last- last aku akan berada dalam dunia aku sendiri. Tersenyum tersengih sesorang. Orang luar yang tak faham, tak kenai aku memang akan pk aku "something". Huhuhu..

        Aku memang minat menulis,satu kepuasan bila dapat mencurahkan buah fikiran dan ia dibaca oleh orang lain. Lagi suka bila apa yang ditulis tu mendapat "feedback". Tak kisah la sama ada positif ke negatif, sebab bagi aku apabila kita berkongsi pendapat makanya di situ wujudnya pertukaran buah fikiran antara satu sama lain. Semakin banyak kita berkongsi pengalaman, buah fikiran, pendapat dengan orang lain maka semakin banyak ilmu yang akan kita dapat, semakin banyak ia berkembang.



Bagi aku, ilmu tu bukan saja akan diperolehi daripada pembacaan, ia boleh juga diperolehi melalui perbincangan, perkongsian, pemerhatian, pengalaman dan macam - macam lagi la kan. Bila wujudnya, perkongsian tu, maka takde la jadi syok sendiri. Tapi, kalau orang nak cakap aku syok sendiri pun nak buat cemana kan, setiap orang ada interprestasi mereka sendiri. Itu hak kita sebagai manusia, hak untuk bersuara.