Friday 16 March 2012

Kapogi..tortoise..kekura..

      
KAPOGI.....Benda pe tu? huhu, itulah maksud kura2 dalam bahasa Korea.Dalam bahasa Omputihnya adalah tortoise.. Ye, mereka adalah menatang yang sama. Yang berkaki empat, jalan terkedek2, lombab, keras kematu, yang sokmo bawak “beg galas” kemana saje mereka pergi.Menatang tu la yang aku suka. Kiranya menatang peberet la tu, menatang peliharaan. Orang marhain lain selalu bila ditanya menatang peliharaan, mereka akan jawab sugar glider, hamster, meow2, ikan la..Aku lebih suka memelihara KAPOGI.

menceretek kapogi dalam keto den..
 Dolu masa mula – mula, aku just ada satu je kapogi. Tu pun yang keras kejung. Bukan yang bernyawa, itulah pemberian “seseorang” kepada aku, sekali dengan kehadiran “Mr.Viva”. Lama gak la dia menjadi penghias “Mr.Viva” ku itu. Sampaila satu ketika, masa wedding adik angkat a.k.a bakal biras aku kat Taiping, kapogi aku tu hilang, di kebas Mat2 Terap, kekawan adik – adik aku..Hamun aku dibuatnya. Mulanya memang aku tak perasaan apa yang hilang, aku cuma rasa macam ada something je yang tak cukup dalam ketaku itu, sampai la mak bertanya, “ Mana kura-kura ko dalam ni?”. Ye, baru aku tersedar yang kapogi ku itu telah lesap, selidik punya selidik punya selidik, maka tau la si bebudak askor tu yang berminat sgt dengan kapogi aku ni, maka dia pun ambik. Tension dok korang, dah la bagi pinjam keta, dikebas lak den punya barang yang den sayang. Haish, tapi bila mengenangkan yang depa ni kawan – kawan adik aku, makanya biar je la. Lagipun elok gak hilang, sementelah orang yang bagi aku kapogi tu pun dah hilang dalam hidup aku..Wehehhehe >_<…

Kapogi yg dtg drpd Indonesia..
Tapi sejak dihadiahkan dengan kura – kura tu, maka makin bercambah – biak la keminatan aku kepada haiwan yang satu ini. Haiwan exotic yang selalu dikaitan dengan sifat lembab, lambat dan berat.itu menjadi kegilaan aku. Sekarang ni, dah ada beberapa cenderahti kecil – kecil yang aku beli bila berkesempatan bercuti. Ada juga yang dihadiahkan rakan dan ahli keluarga. Seronok aku tengok haiwan tersebut menghiasi kereta dan rumahku. Dan keluarga serta beberapa rakan terdekat juga dah tau kegilaan aku terhadap kapogi ni.Event, anak buah aku yang berusia lima tahun tu pun tau aku suka menatang ni, siap dihadiahkan aku "seekor" kapogi yang comel.

Hadiah "kecil" dari sorang ank buah..Kak Ayin

            Kenapa saya suka kura-kura?? Selalu gak ditebak dengan persoalan tu. Budak Korea yang dua ketul tu dulu pun penah gak tanya," Kak, kakak suka ini ya." Dengan pelat Indonesia depa gagah nk tahu kenapa aku suka ngat menatang ni. Aku..berfikir sejenak mencari kata -kata terbaik, yang ringkas tapi sampai maksudnya. Ye la, kalau bercakap dengan budak - budak Korea celup Indonesia ni tak boleh nak sastera sangat bahasanya. Kang tak faham jenuh lak aku nak explain bebanyak kali. Bila orang selalu tanya aku kenapa suka kura – kura..Ermmmmmmmm… >_<. 

" Kura - kura adalah satu makluk yang nampak lemah tetapi ia sangat kuat. Jalan terkedek – kedek dengan beban kat belakang badan yang di bawak tu, kadang kala kita yang tengok ni rasa cam nak sepak je kan. Tapi pada aku, itulah keistimewaan kura –kura. Tanpa pernah kenal erti jemu, dia setia bawak cengkerang tu, sebagai perlindungan dia daripada mara bahaya. Kan senang, tak perlu menyorok kat mana – mana, masuk tangan masuk kaki, masuk kepala dan ekor, maka selamat la ia daripada jadi santapan sang harimau..Macam tu la bagi sorang wanita, perlu mempersiapkan diri dengan “perlindungan” yang paling ampuh. Perlu di bawak kemana – mana saje, supaya diri sentiasa selamat."

        “Kebolehan menatang ni hidup dua alam juga mengkagumkan aku. Walaupun dilihat lemah, tapi dia mampu meenyesuaikan diri di mana – mana je. Aku nak jadi macam tu la, boleh menyesuaikan diri kat mana – mana je. Walaupun takde la popular dan mungkin gak tak dipandang sesape, tapi perjuangan untuk meneruskan hidup tu yang penting.”
Koleksi Kapogi saya..

         Banyak kisah kura – kura yang boleh kita dengar dan memperlihatkan keistimewaannya. Salah satunya cerita dongeng, arnab dan kura – kura. Dalam cerita tu, kura – kura digambarkan sebagai seekor haiwan yang berusaha keras tak penah kenal erti jemu. Azamnya kuat untuk menamatkan perlawanan walaupun dicerca oleh sang arnab. Akhirnya, sume orang tau kan kesudahannya, berkat keaaman yang tinggi tu la, dia menang pertandingan tersebut. Siapa sangka si lembab, berat dank eras kematu tu boleh kalahkan arnab yang teerkenal dengan sifat lincahnya..

          Kisah kura – kura dan arnab yang ditonjolkan dalam dalam Buku Murabbi Cinta, bab kelapan bertajuk,  Jangan, Monyet! Jangan! Muka surat 34. Ada pengajaran menarik dalam kisah tersebut. So sila – ila la dapatkan buku tu. Buku tu sendiri pun memang sangat menarik isi kandungannya. 

Buku ni la yg den kato..sngat menarik &
banyak input untuk diketahui..Mmg tak rugi beli..
             Apapun ia, bagaimana pun bentuk penciptaannya, setiap daripada itu ada kelebihan dan kekurangannya. Yang membezakan sesuatu tu dengan sesuatu adalah bagaimana dia memanipulasi bakat yang dimiliki.. 


                  Tapi sekarang ni, setelah berbelas - belas kapogi comel yang aku kumpul, aku mula mengorak langkah memelihara kapogi yang betul2 hidup..Gugu dan Nunu namanya. Sangat comel dan menghiburkan hati. Itulah teman aku, masa aku tinggal sesorang kat umah dulu. Itulah teman sepanjang jalan bila kau perlu balik ke Kampung atau Gombak. Bercerita dengan Gugu dan Nunu tentang stress yang dihadapi kadang - kala boleh melegakan otak. Mungkin ia salah satu cara terapi jiwa yang baik.. 
 Gugu..Si kuat makan
Nunu..si lemah lembut..


Salam cinta untuk semua >_<




No comments:

Post a Comment