Tuesday 3 April 2012

Benci Seadanya...


Tak hagak2 kau nak ngumpat pun.. Habis bersembur segala air dlm mulut tu.. Eyak!!!”
                                                       

Assalamualaikum..dah lama tak post entry ..

Hidup ni pelik kan..Kadang kala tanpa semena – mena orang menyampah giler kat kita. Kadang – kala kita lak menyampah cam nak pengsan kat orang tu.

Alkisahnya…

              “Selalu gak tengok “Si A” benci giler kat “Si B”. Pantang disebut nama si B, maka dia mula la berapi2. Tak cukup mulut nak bercerita tentang rasa menyampah kat orang tu. Bila diteliti – teliti semula, aku sendiri taktau kenapa perlu wujud perasaan macam tu, sedangkan si B tu mungkin tak peernah sedar langsung tentang kewujudan Si A kat muka bumi ni. Nak terlentang ke, tunggang terbalik ke, takde plak pernah dikesahkan. Yang pasti aku tengok si B tu terus saje bahagia. “


             Ermmm..pelik kan kehidupan ni. Pada aku, apapun kisah dan kenangannya yang terjadi di masa lalu, anggap la ia secebis kisah untuk mewujudkan kematangan diri. Jangan terlalu diikutkan rasa menyampah & benci tu, kerana takut suatu masa nnt di suatu perjalanan yang entah bila akan sampai ke penghujungnya ini, orang yang kita benci tu la akan datang menghulurkan bantuan. Takde sape tau kan..


              Membenci la seadanya, sayang juga perlu seadanya. Rasa yang keterlaluan tu hanya akan memakan diri. Baik buruk sesuatu perkara dalam kehidupan ni, ada timbal baliknya yang Allah dah tetapkan.

          Belajar memaafkan & belajarlah akui kesilapan, dari situ, kita akan belajar menjadi ANGGUN & UNGGUL.

2 comments:

  1. woii cite pasal sapa nih hahahhahaah..jgn pasal aku sudoh aku xbenci sesapa tauu huhuhu dah semua aku maafkan

    ReplyDelete
  2. ah..ko terasa ke? weng2..aku "bcakap" melalui pertemuan dgn ramai org..ermmmmmm

    ReplyDelete