Tuesday 23 April 2013

Ayam Lada Hitam...

Mari  Memasak Untuk Incik Hati...

Hari ni off lagi.. Best gak berjimba - jimba kat rumah ni. Dah cuti - cuti ni rasa malas la plak nak masuk keje balik, tp kalau jadi suri rumah sepenuh masa pun xbest gak kot.. hihihi.

Cabaran menjadi suri rumah ni, hari2 kena pikior nak masak apa untuk dimakan.. Ha kau, ni baru nk makan berdua, belum ada anak2 yang comel lg..Dari malam tadi dok berputar-putar akal fikiran ni lauk apakah untk tengahari  ni.. Pikior punya pikior, makanya tarrraaa... MENU UTAMA  hari ni adalah... AYAM LADA HITAM..yum..yum..

Korang nak try tak? nah resepinya...


Bahan-Bahan

Ayam (ikut la bape org nak makan)
Lobak merah
Cili kecil/cili besar
Bawang Putih & Bawang besar
sedikit kicap, sos tiram dan bancuhan tepung jagung

Cara Memasak

Tumis bawang2 & cili2
Masuk ayam ke dalam bahan tumisan
Bila ayam dah agak masak, campakkan sos tiram, kicap, bancuhan tepung jagung, lobak merah serta garam.
Biarkan seketika, dan tarrra...siap la ayam lada hitam..

Selamat memasak !!!..

Aku nk g menghidangkan makanan utk incik hati, pkl 1 nnt dia nk balik dah >_<

Wednesday 6 March 2013

Kampung Saya..

Tu dia, tajuk cam karangan sekolah rendah dulu..hihihi

Tetiba teringat kat kampung.. Hokey, bukan tiba-tiba, ini dinamakan tabiat. Bila hujung-hujung minggu je, hati, jantung, hempedu,semua mencanak lari menuju ke kampung halaman. Haish, payah sungguh. Orang kabor, ketagih!! Ketagih nak balik kampung, mengkalo tak dapat balik kampung mula la lemah longlai dibuatnya.. Mau nya satu keje hape pun tak menjadi..

 Itula aku!! Selalunya aku akan balik kampung dua minggu sekali. Itu paling lama la. Penah gak try nak balik sebulan sekali, tapi tak pernah pun berjaya, masuk minggu ketiga dah tak boleh meneruskan kehidupan. 

Dan pernah gak aku balik kampung pukul 2-3 pagi, hihihi. Itu memang kes meroyan, memang tak boleh tahan dah. Lenjan je la, nak buat cemana. Dari Semenyih ke Lanchang, lebih kurang 3-4 jam gak la, campur isi minyak, tido kat Petronas, 5 jam perjalanan. Sekor - sekor balik kampung pukul 2-3 pagi. Pernah sekali kena tahan polis hok buat roadblock kat Serdang denun. Depa ingat aku budak bawah umur lari dari rumah. Hamlos la!!!

Berjimba dengan famili
Paling tak tahan, pernah kena kejar dengan lori hantu kat lebuhraya KL-KARAK. Hokey, start kejadian tu, aku memang tak berani dah balik kampung pukul 2-3 pagi secara solo. Meremang bulu-buluan..


ok, skrg aku percaya highway KL-KARAK berhantu.. 

Kalau nak ikutkan, takde apa pun kat kampung tu. Yang adanya cuma paya seluas mata memandang, hutan sesemak mata menengok.

Tu dia, bkn main jangok lg pegi memancing ikan..
 
Tapi yang istimewanya, kat kampung tu la ada PERMATA HATI aku. Ada MAK, ABAH, ada kenangan zaman kecik-kecik dulu, dan kat situ la tempat aku dan adik beradik 'bergusti'. Itula magnet yang paling kuat, satu -satunya sebab hati ni meronta - ronta nak balik kampung tetiap minggu. Tapi kalau dok kampung lama-lama tak mau jugak...hahhahaha..dia dapat balik sekali sekala tu yang bestnya.. 

 
Ini aktiviti yang paling kerap dibuat, maklum la masing - masing kuat makan..

BETUL TAK?? Jom kita balik kampung!!!



 

Thursday 28 February 2013

Tiang Singboard La Pulok!!!

Worang kata, kalau buat kerja biarla ikhlas. Sebab bila buat kerja dengan hati yang ikhlas hasilnya juga tiptop!! Tapi mengkalo buat kerja separuh hati jadi la macam aku..muhahhahahha...(kisah adalah kejadian beberapa hari lepas :P)

7:30 pagi ~ Bersiap - siap untuk menjalankan tugasan sebagai SUPERWOMAN!!! Mula - mula bertandang ke company secretary.

8:55 am ~ Sampai!! Pintu opis pun lum bukak, dok nyembang depan pintu ngan staff diorg sampai la pintu dibukak. Sambung bergosip 20-30 minit kat sana sambil siapkan keje, pung balik office. Kira kejap la tu gosip 20-30 minit, sbb bos dia takde. Kalau bos dia ada, mau berasap punggung dok lepak kat sini. Sejam pun tak habis lagi..

9:30 pagi ~ Dah siap hal kat company secretary tu  aku pun  nak balik Semenyih. Keje dah siap kan, hati senang. So, macam malas la nak berdesup sangat, apatah lagi time-time cam ni, Bulatan Pahang, Jalan Tun Razak dan kawasan sekitar kompem sesak lagi. Tapi, kat Greenwood pun lum sampai, incik BOSS dah call. (perbualan telah ditranslate drpd bhs Konglish kpd bhs Melayu)
 
Boss : Nurul, kat mana?
Aku : On da way balik opis boss.
Boss : Pukul 11 boleh sampai opis tak? Pastu g TNB R bla..bla..bla..bla..bla...bla...

Aku jeling jam, 9:43 pg, tengok jalan raya, SESAK HOKEY!!!

Aku : Saya xtau bleh smpi ke tak pukul 11, sy try..
Boss : Sri Gombak dengan Semenyih bkn jauh mana pun, saya bawak kereta sejam dah sampai. Cepat skit, urgent ni!!

Wak lu!! Ingat aku Ultraman ke, berdesup ke sana - berdesup kat sini. Aku pakai VIVA 850 je lahhhhhhhhh!!! keta ang tu bape cc incik BOSS oi!! (Marah ni, tapi dlm hati je)

10:50 pagi ~ Sampai opis..
Eh! Boleh la sampai dalam masa sejam dari Sri Gombak ke Semenyih... 

Yo la, mmg sampai. Kalau nak suh sampai dalam masa setengah jam pun boleh, tapi tak tau la sampai ke Semenyih ke sampai ke BATU DUA..Giler-giler punya drive, mengkalo jadi apa- apa kat aku masa on da way tu, kompem la tak jadi kawin. Buat kenduri tahlil la jawabnya. Hamlo tol mamat mata sepet ni...

Masuk opis, punch card. Amik document, baca sikit-sikit, pung gerak ke TNB R.. Korang tau TNB R katne? Ala, dalam UNITEN kat Bangi denun. Mengkalo dari Semenyih, dalam setengah jam dah boleh sampai. Tapi disebabkan incik BOSS suka bagi keje last minit, hati aku pun dah bengkek, aku malas nak pegi sana macam kilat. Dalam hati ni dah berbakul - bakul sumpah seranah.

Perut aku lapar woi!!!

Panas giler time ni nak ke sana..

Malasnya nak drive..

Bla..bla..bla..

Bla..bla..bla... lagi

Dan lagi..lagi...lagi...

Tiba - tiba...

Signboard ~PRESINT 2, PUTRAJAYA....

Aik!!! Sampai Putrajaya la plak..

Hadoi, cemana leh sampai sini lak ni, cemana leh tak perasan signboard UNITEN, BANGI tadi.
Haish, dah kena patah balik...

Minyak dah la takde ni.. (Hobi aku la tu, jalan jauh-jauh dengan minyak dua bar. pastu bila minyak dah bling-blig mula mengelabah..huhuhu..)

Baru jumpa tempat u-turn kat atas fly-over tu, minyak menggedik-gedik bling-bling.. Sangat!!!!

Kompem la aku malas nak menyesatkan diri dalam Putrajaya ni mencari pump minyak. So, aku lenjan kan saje patah balik menuju TNB-R.

Waaaaaahhhhhhhhh, sampai la minyak ni ke TNB-R..Agak - agak dari TNB-R ke Semenyih sampai tak dengan minyak mengedik-gedik ni kita try jap lagi yek..Papehal settle keje kat TNB-R ni dulu..

Back to story..

Disebabkan marah punya pasal sampai tak nampak signboard UNITEN dan terlajak sampai PUTRAJAYA, minyak dah berkedip-kedip. Makin hot la aku. Udah la panas terik time ni (50 darjah celcius kot cuaca hari ni). Bos lak suruh aku jumpa orang tu sebelum pukul 12. Wallawei, sangat la kan.

Dalam hati sambung sumpah seranah lagi.. Fuh, berbakul-bakul dosa hari ni..

Tak ingat la signboard apa...Tapi kaler kuning kot..
12:30 pm ~ sampai TNB-R. Giler babas panas. Panas luar, panas dalam. Menggelegak otak aku kejap..

Setel keje kat situ, orang yang nak dijumpa tu dah takde. Sebab aku lambat!!

Haissssssssssssshhhhhhhhh!!Ini boleh mendatangkan tsunami dan letupan gunung berapi...

Ini semua keje giler!!Keje giler!!gilerrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!

Tak boleh ke nak tunggu kejap, aku dah call kot beritahu sampai lambat sikit..

Apa punya orang la..

Bla..bla..bla...bla..bla..

Apasal la hari ni panas sangat..

Bebel punya bebel punya bebel dan bebel lagi sambil jalan menuju kereta..

Kelekuk!!!!!!!

Berterabur kertas!!!

Hadooooooooiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!

 Datang mana la pulok tiang signboard ni. Tadi takde pun..

Aduh!! sakit kepala!!! Cemana boleh tak perasan tiang signboard ni.. Bebel lagi sambil kutip kertas..

Eh, jap..pandang kiri...pandang kanan...

Hahahahhahaha, selamat takde orang nampak.

Berdesup bukak pintu keta, sambung gelak...

BONGAK BETULLL LA!!!

Mungkin batang signboard ni kot yang aku langgar tu..Muhahhaha tak ingat la..








Monday 25 February 2013

Entry Tangkap Muat....

Ni la yg dinamakan dua bulan satu entry, giler malas aku nak hupload entry. Keh..keh..keh..bukan malas, sebenarnya tengah terkejar-kejar masa, dok menguruskan beberapa perkara yang berkaitan dengan family. 

Kalau tahun lepas, kami terima tiga orang baru dalam keluarga besar Ayahchu Pendi & Makcu Ani, tahun ni keluarga besar ini akan terima lagi dua orang ahli baru. Jeng- jeng- jeng. Itu la yang aku sibuk ke hulu – ke hilir, maklum la event manager tak bertauliah merangkap wartawan cabuk. Sume benda nk involved. Nampak sangat aku ni penyibuk & giler kuasa kan..hahhahha, lantak la..Famili aku koooottttt. Ala, lagipun sementara masih bujang ni kan. Sok – sok kalau dah beranak pinak belum tentu aku rajin nak menyelit – nyelit ni. 

Kalau iktkan perasaan melihat event yang memadat dalam calendar awal tahun ni, memang haru biru hidup aku. Tapi disebabkan ikut perasaan gak la, kesibukan tu jadi sesuatu yang exciting. Dah lama wo tak de kenduri2 cenggini. Last kenduri pun hujung tahun lepas,(lama la sangat) dok cukur jambul budak2 kecik tu. Time tu, aku memegang jawatan sebagai tukang masak. Hambik kau, masak untuk kenduri cukur jambul.. Jelas, giler kuasa..Kahkahkah..

Abah & Mak excited nak dapat orang baru...
Untuk event kali ni, tak boleh la kot nak jadi tukang masak.Kang tak cukup hospital Temerloh tu dengan pesakit – pesakit yang kena keracunan makanan. Akibat merasa lauk aku masak..Muhehehhe..

Hokey, esok lusa nak pegi jemput ‘ SI DARAH MANIS’. Yum..yum..drakula & Pontianak suka orang darah2 manis ni..hikhikhik..seremmmmmmmmmmm!!!

Wednesday 26 December 2012

Kak, nak pasang astro tak???

salesman 1: kak, nak pasang astro tak, free je..

aku: takpe la, rumah sy takde tv.

salesman 1: takpe kak, akak register dulu, nnt bila akak dah ada tv, kitorg dtg la psg..

aku: xpe la, sy boring la tgk astro asik ulang cite sama je..giler bosan!!

salesman 2: kak, xleh masuk sini..

aku: eh awk ni, xkan la sbb sy tak register astro dgn awk, sy xleh nk masuk sini. bila masa lak, econsave ni bgabung ngan astro..

salesman 2: bkn cam tu kak, ni laluan keluar je, klu akak nak masuk ikut pintu sblh..

aku: ooo ye ke..takpe la, dah azan ni, sy rs mcm tak sempt je nk masuk dlm ni..

#muhahahhahhaa..giler tebal muka aku...

Aku, Temerloh dan Ikan Patin


Huwaaaaaaaaaaaaaaaa..
Lama giler tak menggiler kat sini, habis bersawang dah belog aku ni..huhuhu.. Tetiba terasa nak bercerita pasal ikan patin. Ikan patin masak tempoyak!! Ha la, yang pemes giler kat Pahang tu, lebih tepat lagi kat Temerloh. Aku la salah seorang warga Temerloh. Hihihihi..

Macam – macam cerita aku dengar pasal ikan patin masak tempoyak Temerloh. Siap masuk surat kabar lagi, I tell uolls!!! Huhuhu. Sungguhpun aku ni anak jati warga Temerloh, sepanjang hayat aku yang dah suku abad ni, tak pernah pun makan ikan patin. Bukan berlagak ke hape, tapi memang anak tekak ni tak boleh nak masuk, takkan aku nak paksa – paksa lak. Actually, bukan ikan patin je aku tak makan, semua ikan air tawar pun aku tak makan. Muhahahha, perasan orang bandar betul kan..

Dulu, bila mak suruh belajar masak ikan patin, aku selalu bagi alasan;
'tak makan ikan tu, takyah belajar pun takpe la mak.’ 

Lepas tu mak aku sepantas kilat cantas;
'yela ko tak makan, esok-esok kawin laki ko nak makan ikan tu baru terkial-kial nak cari resepi.Kalau mak hidup lagi boleh la ko nak tepon2, kalau mak dah takde cemana.’ 

Gulpppp!!!! Amboi mak..Baik la mak, anak mak yang comel ni belajar la memasang, walaupun agak geleman gak nak pegang ikan yang licin tu..Hihihihi.. Then, mak bagi petua. Kalau taknak ikan tu licin, cuci dengan air beras, bau hanyir pun hilang.

Dalam nak tak nak tu, makanya terhasil la PATIN MASAK TEMPOYAK ini. First time buat, bawak balik kampubg, adik –adik aku hok dua orang tu sikit punya komen tak henggat.Itu kurang, ini kurang, serba kurang ikan patin aku..Hahahahaha…Apapun inilah hasilnya..Tarra…


PATIN MASAK TEMPOYAK CIK AIN...

Bahan2:

~ Tempoyak (sesuka hati korang la nak letak banyak mana)
~Terung bulat 2-3 biji (idea abah)
~ Cili padi 10-15 biji (kisar)
~ Secubit kunyit
~Garam secukup rasa
~Asam keping 2 keping
~ Daun cemomok (ala, daun busuk macam daun kunyit tu)
~ Sejag air
~ Ikan patin 4-5 ketul

Cara2 :

~ Masukkan tempoyak,cili padi yg dikisar, serbuk kunyit, daun cemomok terung dan air, PANASKAN
~ Pastu, masuk asam keping, garam dan ikan patin..
~ Tunggu kejap, tarra..siap sudah.. 

Makanya, jadi la patin masak tempoyak cik Ain >_<

Selamat Mencuba!!!!!

Tuesday 2 October 2012

Aku & Kak Yin...


Cerita 1 (Umur dia 2 tahun setengah)

Kak yin  : Makteh, jgn nangis. Buat mcm ni. ( sambil angkat tgn mcm org tgh bdoa).
Aku        :  Kenapa?!!
Kak Yin :  Nanti Tuhan dengan makteh cakap.
Aku        : Ok..
* Maka, setiap kali rasa sedih, aku pun berdoa. Malu kena tegur dengan budak kecik.


Cerita 2 ( Umur dia 4 tahun )

Kak yin : Makteh, jangan buang sampah kat luar.
Aku       : Kenapa?!!
Kak yin : Nanti kena saman polis, kak yin tak tau.Kak yin takde duit nak bayar.
Aku      : Ok.
* maka, mcm tong sampah la kete aku sejak hari tu.


Cerita 3 (Umur dia 5 tahun )

Kak yin  : Makteh, kalau bawak keta, jangan letak beg kat sini. (Lalu,aku alihkan ke sebelah kanan.)
               Kat situ pun tak boleh.
Aku        : Kenapa?!
Kak yin   : Nanti kalau ada perompak, dia pecahkan keta makteh, dia pukul makteh macamana? Kak yin                  
                bukan pandai bawak keta.
Aku        : Habis tu nak letak mana?
Kak yin   : Letak kat bawah sini, org jahat tak nampak. Kalau makteh nk bayar tol, makteh cakap la kat kak
                 yin. Kak yin amik kan duit utk makteh.
Aku         : Ok..


 Kadang2, dek kerana rasa ego, kita rasa kita lebih bagus dari dia, kedudukan kita lebih tinggi dari dia, kita lebih dulu makan garam dari dia, makanya kita memandang sepi teguran - teguran  dan nasihat - nasihat tu. Sekalipun hati kecil kita mengakui tentang kebenarannya tetapi disebabkan rasa ego yang tinggi tu menutup segalanya. Kalau kita rendahkan sedikit rasa ego tu, pasti kita akan dapat banyak pengajaran dari kehidupan ni. Lihat la apa yang diperkatakan, bukan sape yang berkata - kata. 


#Tengah flashback nasihat - nasihat orang kat aku.

Kak Yin saya...