Loading...

Monday, 28 May 2012

Kamu yang menyenangkan saya....


Assalamualaikum..

Hari tu aku dah bercakap beberapa sebab yang memungkinkan korang bakal mendapat miss/mr annoying. Kali ini, bagi menyeimbangkan keadaan, aku nk bagi lak keadaan – keadaan yang menyebabkan korang menjadi sumber inspirasi, pendengar pertama, pengongsi pendapat dan apa – apa la yang sewaktu dengannya. Antaranya:

1.       Korang tengah busy dengan kerja, kelas, atau exam, tetiba kawan korang hantar mesej kat korang nak meluahkan rasa sedih ditinggalkan kekasih. Korang pun, meletakkan ketepi segala kesibukan korang tu, lalu meluangkan sedikit masa untuk mendengar segala luahan rasa sedihnya. Yang paling best, diakhir mesej tu, kawan korang cakap, “thanks dear, aku dah tak sedih dah. Ko memang lawak.”


2.      Korang mendengar cerita orang dengan penuh minat, tekun dan tawaduk, sungguh kusyuk. Dari sinar mata korang tu, memang terpancarla yang korang ni memang memberi 100% perhatian pada apa yang kawan korang cerita tu, bila cerita lawak, korang ketawa berdekah – dekah, bila cerita sedih korang sama – sama mengalirkan air mata. Betapa empatinya korang terhadap situasi mereka. padahal sebenarnya dalam hati korang cakap, “alahai bila la nak habis ni”. Tapi disebabkan korang sangat menghargai orang lain, maka korang sanggup memberi laluan kepada kawan korang tu bercerita.  

3.      Korang diminta untuk memberi pendapat atau buah pandangan, dengan rasa rendah diri korang beritahu korang bukan bagus sangat dalam memberi nasihat, tetapi korang cuba memberi pandangan secara jujur dan ikhlas. Nasihat/pandangan yang korang berikan tu, berbentuk subjective idok la nak menjatuhkan sesape, atau berat sebelah dan sebagainya.Dan kawan korang sangat menyukai pendapat bernas korang tu.

4.      Korang diminta oleh seorang kawan untuk membantunya berpindah atau pun tolong memasak sebab dia nak buat open house. Korang dengan penuh rasa bahagia menerima jemputan tu, saat orang lain tak dapat menjengukkan diri, korang tetiba terjojol kat depan pintu rumah beliau bersiap sedia membantu. Korang ni macam the flash, sepantas kilat wujud bila diperlukan.


5.      Kawan baik korang telah menceritakan rasa tak puas hatinya pada seorang lagi kawan baik korang. Korang pun mendengar dan menelan segala apa yang diceritakan tu tanpa ada niat nak menceritakan balik pada kawan yang satu lagi tu. Kiranya korang ni jenis tak bermuka – muka la, tak pun korang ni jenis pandai jaga mulut, bukan jenis mulut tempayan la orang cakap.


6.      Bila korang bercerita, memberi pendapat, berkongsi pandangan mahupun nasihat, apa yang korang perkatakan itu adalah fajta, pendirian, inspirasi, pencetus semangat dan apa – apa yang positif la. Maksunya, korang ni kalau bercakap atau membuka bicara ada point yang menunjukan keintelektualan korang, idok le merapu, meramu tak tentu hala. Tunggang langgang selatan timur barat utara. Orang yang nak mendegar pun leh sakit jiwa dibuatnya.

7.      Atau..ada tak kawan – kawan korang cakap, korang ni sangat memahami diorang, korang ni sangat dekat ngan diorang, bila korang takde maka sepilah hidup mereka (eceh, dah ghupe pakwe makwe lak kan). Gitu la seumpamanya. Kalau dah secara terang – terangan ada yang cakap begitu, mungkin korang ni memang ada satu daya penarik ataupun x-factor yang menyebabkan kawan – kawan korang sayang sangat kat korang. Aku tak dapat la menjelaskannya, sebab yang diorang dambakan tu korang bukan akurang.

AKURANG!! Lantak ko la labu, malas aku nak layan. Patut la kawan – kawan ko cakap, ko ni suka merepek2..hahahha…


*Kalau kawan – kawan korang memang menyenangi korang, sayangkan korang, sangat rapat ngan korang, satu je nasihat aku, hargailah persahabatan tu, bukan senang seseorang nak sayang kita, menyenangi kita dan rapat ngan kita dengan rasa ikhlas lebih – lebih lagi kalau kawan sejenis. Kadang – kala walaupun rapat, tapi terselit gak rasa cemburu.Erm, sape nk jawab tu..

No comments:

Post a Comment