Wednesday 21 March 2012

Marilah Kejo Sekueknyo...


Assalamualaikum… Cerita malam tadi disebarkan hari ini…

Berjam mengadap laptop tanpa  menaip apa – apa. Mendengar dan berkongsi cerita dengan teman serumah sambil  menyelak majalah juga menyelak kenangan silam menimbulkan tawa antara kami.

Dari satu bab, ke satu bab kami beralih. Huhuhu..Macam – macam benda nak diceritakan. Itu kalau masing – masing ada nafsu bercakap, kalau tak, aku dalam bilik aku, dia lak ‘berpesta’ dalam bilik gelap dia tu. Hahahha, kesian dia, sejak masuk umah ni, bilik memang gelap. Bukan taknak tukar mentol, masalahnya lampu umah kami tu canggih benor, xreti aku nak tukar mentolnya. 


lampu2 "canggih" di rumah kami..grrrr
Kalau setakat mentol biasa cam dalam bilik mandi tu, aku panjat je setiap kali mentol tu terbakar. Setiap kali?!!  Ye…Sejak enam bulan lalu bermastautin kat sini, ntah berapa banyak mentol dah terbakar.. Grrrrrrr. Tension! Tension! Disebabkan kami dua orang ni, keluar pagi balik malam,makanya macam malas la pulak nak pegi cari orang tukarkan mentol. Biarkan je la, Cik housemate pun macam dah syok je dok bertapa dalam bilik gelap dia tu. Hehehehe..

Malam ni, kami bertukar – tukar cerita tentang pengalaman keja di tempat sebelum – sebelum ni. (Nampak sangat dah banyak kali tuko keje..ehehhe) Macam – macam majikan kami jumpa. Macam – macam teman sepejabat yang ditemui. Macam – macam pengalaman yang dirasai. Semua tu menjadi guru yang mengajar aku dan dia erti kedewasaan supaya lebih relevan dalam menghadapi cabaran berkerja.

Cakap pasal berkerja ni, aku dan kawan – kawan memulakan pagi kami dengan ‘doa dhuha’. Doa yang pertama kali aku dengar dan menerbitkan air mata aku. Sangat tersentuh membaca bait – bait doa ni.


                                                       DOA DHUHA

Baca doa di bawah ni sebelum memulakan kerja juga bagus, supaya pekerjaan yang dilakukan itu diberkati.
‘’ Ya Allah, aku memohon kepada-Mu
 kebaikan pekerjaan ini dan 
segala kebaikan yang ada di dalamnya, 
dan aku berlindung pada-Mu daripada
keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan 
yang ada di dalamnya. Sesungguhnya Engkaulah 
yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.”


Seelok –eloknya, niatkan lah pekerjaan yang dilakukan itu kerana Allah SWT, kerana dengan itu, ia akan dianggap sebagai suatu IBADAH.


“Apabila seseorang itu keluar berusaha untuk 
anaknya yang masih kecil, maka ia berada di jalan Allah.
 Apabila seseorang itu keluar berusahan untuk 
kedua ibubapanya yang telah tua maka
 ia berada di jalan Allah. Apabila seseorang itu
 berusaha untuk dirinya sendiri agar terjaga
 kehormatannya maka ia berada di jalan Allah”
 HR Al’- Thabrani.

(* ini plak aku terbaca dalam majalah Iman..)

Marilah kita berusaha dan bekerja dan meniatkannya ke jalan yang diredhaiNya.


2 comments:

  1. doa murah rejeki gituuu tapi jangan hanya berdoa saja semata2 kendian sarung selimut bangun petang nya ahahahahaa doa+usaha baru benar

    ReplyDelete
  2. ye..betul tu cik puan nurul. Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal, maka hasilnya adalah "DUIT"..

    ReplyDelete