Thursday, 24 May 2012

Jangan Annoying Sangat Boleh Tak???


Assalamualaikum..24 May 2012 bersamaan 3 Rejab 1432 hijrah. Betul tak?

Miss or Mr. Annoying…

        Alkisahnya, aku nak berkongsi satu pengalaman dengan korang. Bukan pengalaman aku, pengalaman “’kucing’’’ aku. Korang pernah tak lalui keadaan di mana, tetiba korang rasa korang disisihkan, tidak dipedulikan, dipinggirkan atau apa-apa perkataan seerti la.
 Ataupun, korang pernah tak lalui satu keadaan di mana, korang menjadi tempat ataupun takungan ataupun tempayan atau apa – apa la perkataan yang sesuai, di mana orang sama ada kawan baik, kawan rapat, kawan kurang rapat, adik beradik, mak ayah, rakan sekerja, boss atau sesape la mencari korang untuk menjadi pendengar cerita, masalah, pendapat dan sebagainya la..Pernah tak, pernah tak??

      Motip?? Aku sebenarnya nak berkongsi bukan tip, tapi pendapat peribadi hasil daripada pengalaman aku lalui usai 27 tahun berjalan di muka bumi ni.
Kalau korang rasa pernah diabaikan, disisihkan, dipinggirkan oleh kelompok kawan – kawan, teman, keluarga dan sebagainya, antara sebabnya mungkin ni kot :-
1.       Korang ni terlalu SEMPURNA untuk bergaul dan bermasyarakat dengan diorang tu, so diorang golongan marhain tu, taknak la menyeksakan diri melayan kerenah DIVA korang ni kan. Korang rasa, diorang ada masa tak nak layan perangai korang yang perasan SUPER PERFECT ni!

2.      Korang mungkin bila bercakap SELALU SANGAT off topic. Contohnya, kawan – kawan korang tengah bercakap pasal resepi yang diorang baru cuba petang semalam, tetiba korang dengan rasa YAKIN & TANPA BERSALAH, dengan muka tenuk menyampuk lalu bercakap pasal baju raya yang belum sempat ditempah.Dah la off topic, panjang lebar dan meleret – leret lak ceritanya tu. Korang rasa, kawan – kawan sembang korang tu hangin tak?

3.      Korang tetiba menyertakan diri dalam satu topic di laman social, yang statusnya mengenai kesedihan atau kegembiraan pengupload status. Tetiba korang masuk dan komen mengenai diri korang yang juga berpengalaman sama, 15 tahun yang lalu. Habis korang ceritakan dari A sampai Z, yang lebih haru, korang tak menyentuh langsung pasal status orang tu. Korang rasa, apa perasaan orang yang upload status tu serta pengomen-pengomen lain!

4.      Korang mungkin disisihkan kerana korang kalau bercakap, selalu sahaja bercerita, “aku hari tu kan, aku semalam, aku minggu lepas, aku..aku..aku…” Maknanya, kalau la perbualan tu mengambil masa 30 minit, 29 minit tu telah dipenuhi oleh cerita korang.Then, bila kawan korang bercakap, repond korang Cuma, “erm,,ohhhh, la yeke, gitu upenya…” kemudian korang sambung semula cerita korang. Ermmm, sadis!! Korang rasa, lepas tu agak – agaknya ada ke orang nak ajak korang bersembang!

5.     Korang pernah tak, ada diberitahu, atau diberi hint atau dikias-kias, atau secara tepat mengenai sasaran, yang korang ni membosankan, memualkan, atau secara berlapik, member korang tu cakap, “wow! Awak sangat luas pengetahuan.” Sedangkan dalam kata sebenar, dia nak cakap, “ko jangan tunjuk pandai sangat leh tak.Bosan!!”

6.      Belum sempat member korang habis bercakap, berdesup sepantas kilat korang potong cakap dia. Itu leh sabar lagi, yang memanaskan telinga dan memerahkan hati, korang dah la potong cakap dia (sunguh beradab korang), pastu korang sibuk bercerita pasal benda lain. Sakit hati dibuatnya.

7.     Korang tanpa dipinta telah memberi nasihat kepada kawan korang, dan nasihat tu sangat la panjang lebar, tapi sayangnya, ia bukanlah satu nasihat yang boleh membantu sebaliknya satu penceritaan di mana betapa hebatnya korang mengahdapi sesuatu masalah dengan penuh ketabahan.

              Erm, pernah ke korang lalui benda – benda ni? Kalau korang pernah, sila – sila la pantau diri, supaya tak dibenci, dimenyampah, disisihkan. Sekali dua buat, mungkin orang boleh terima, tapi kalau asyik dan selalu, makanya takde la salah kalau korang disisihkan dan diberi gelaran miss/mr. annoying. Betul tak? Aku, kadang – kadang pernah kena juga..hahahhaha…

Thursday, 17 May 2012

Think..think..think..aku pun nak tingtong dah...

Assalamualaikum... Salam Hari Jumaat..

              Lamanya aku tak menghupdate entry, sesangat la sibuk dua tiga ketika ni. Sibuk dengan keje kat opis, sibuk dengan tanggungjawab sebagai anak, adik, kakak, mak sedara..huhuhu (peh, aku buat hatrik 3 minggu berturut2 balik kg), sibuk menyiapkan souvenir orang, sibuk cari duit lebih..huhuhu, juga menyibukkan diri entah kemana hala tuju..

            Dek kerana kesibukan ni sume la, lately aku tido sangat awal, pukul 9 pukul 10 dah tak sedar apa. Kadang - kala balas mesej pun separauh sedar. Tau2 dapat mesej kena marah dah..hahahaha.. Sangat penat sekarang ni, rehat tak cukup?? Erm, kalau tido awal bangun lewat tu dikira tak cukup rehat lagi ke ek..

         Selain kesibukan tugasan keje di opis, aku sebenarnya juga tengah menyibuk dan menyemakkan kepala otak ni untuk buat keputusan. Suatu keputusan untuk masa depan yang gemilang, cemerlang, terbilang (chewah, perlu ke?)

           Dah berkali - kali ditawarkan keje ni, sebelum ni aku just menggantungkan jawapan pada angin. Sebab aku memang lemah nak kena buat keputusan macam ni dan baru - baru ni sekali lagi ditawarkan, my future boss tu nk jawapannya semalam. Muhahaha, memang gelabah puyuh la aku nk fikir untuk mendapatkan jawapannya, then kerana sampai pagi aku still takde jawapan, makanya aku mintak la tangguh sampai Isnin ni. 

Serius, sampai detik ni pun aku masih takde jawapan.

          Kalau melihat kepada prospek keje luas, gaji yang ditawarkan serta beberapa perkara lain, aku memang memilih untuk sign je surat tawaran tu. Bukanlah kerana gaji semata - mata, sbb gaji kat sini pun dah best! Cuma lagi, meemikirkan job description tu yang aku pasti akan mencabar degupan adrenalin aku, makanya aku memang sangat tertarik untuk menerimanya, apatah lagi bakal incik boss ni dah beeberapa kali menawarkan jawatan ni.

            Tempat aku keje ni sekarang pun tak kurang hebatnya, aku boleh improve aku punya English (sbb big boss, boss & boss adalah makluk yg datang dari Korea), then aku juga boleh belajar bahasa Korea kat sini (erm, bakal boss tu pun pandai berbahasa Korea  gak). Banyak aku belajar kat sini, setahun setengah keje kat sini, banyak yang aku timba, daripada sorang wartawan prebet, tetiba aku bertukar jadi budak opis lak. Dek kerana lama sangat keje kat sini (lama ke??), kadang - kala, aku buat salah yang boleh melingkupkan company pun boss just marah je, xde plak dia dah bagi surat terminate kat aku. Baik sangat boss ni, sampai aku rasa stress tahap dewa bila buat salah tapi xdapat balasan setimpal. (Stress wo, sbb aku ni jenis btanggungjawab..kueng3). 

            Alkisahnya dari aku masuk dulu sampai beberapa detik sebelum ni, sangat seronok bekerja. Sampai la satu masa yang terdekat ni, aku ada rasa tak puas hati dengan salah sorang manager aku yang sorang ni. Suka caras keje aku, berlagak bagus depan boss, bermuka - muka & dia pun "aircond" punya la kuat, tak pakai kipas dah wo la ni, aircond terus. Bab soal caras keje tu, kalu dia buat betul - betul, it's ok la kan. Ini tak, dia amik keje yang aku dah buat 75%, then dia buat pekasam kat tempat dia, sampai masa bila boss tanya keje belum siap, dia kata tak tau nak buat, takde orang nk tunjuk. Yang kenanya aku la. Tak ke hangin namanya tu. Mentang2 la manager, so apa kelas aku nk tanya orang bawah. Cam tu la.

            So, disebabkan aku makin makan hati dengan orang macam ni lebih baik aku buat pertimbangan untuk menandatangani suart tersebut..weng2.. So, dalam masa kurang dua bulan ni, terpaksala memulun segala keje. Orang kata, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, walaupun aku belum mati, kiranya cam tu gak la kan. Aku nk meninggalkan nama yang baik sebelum meningglkan opis tercinta ni.

*ops!! tak sedar saya termengumpat orang di hari Jemaat. AstarfiruAllah...

Thursday, 3 May 2012

Definisi ROMANTIK, interprestasi SAYA...


ROMANTIK TU BILA….
dia makan kat kedai order laksa..
then, dia pun call kita,
“yang, laksa kat sini best tau”.
(sebenarnya dia saje nak buat kita terliur)
 Tak la, itu tandanya dalam ingatan dia masih ada kita..

ROMANTIK TU BILA….
Kita dan dia sama – sama tengah busy kat tempat keje
dan tak sempat nak say,”hai” pepagi hari..
Tiba2 mesej masuk,
“yang”..
 (sebenarnya dia cuak, kita ni majuk ke hape tak mesej2 dia)
Tak la, tu tandanya, dia sedang merindui kita..>_<


ROMANTIK TU BILA…
Kita bercerita kat dia tentang  betapa tensionnya dengan keje kat opis,
Dan dia balas
” sabar la yang, keje abg ni lagi la tension tau,
kena keje ikut shift, klu org tak cukup 3 hari kena keje 24 jam”.
 (sebenarnya dia pun tgh penat & malas nak dengar kita membebel)
Tak la, Itu tandanya, dia nak kita jadi kuat supaya dia akan turut rasa kuat.


ROMANTIK TU BILA..
“Esok ayg pose…”
Kul 5:3o pg, dia mengejutkan kita untuk bangun sahur.
( sebenarnya dia malas asyik nak tengok mesej yang kita hantar,”abg lapo la”)
ITak la, itu tandanya dia nak kita menjalankan ibadah dengan sempurna.


ROMANTIK TU BILA...
Kita balik kampong dan seharian lupa menghubungi dia,
Dia pun hantar mesej kat kita,”yang, seronok ke balik kg?”  
(sebenarnya dia takut kita keluar dating dengan marka lama kat kg..muhahhaha)
tTak la itu tandanya dia bimbang kita melupakan dia


ROMANTIK TU BILA..
Kita demam panas seminggu,
 dan dia sentiasa mengingatkan kita untuk makan ubat,
sambil berkata,”tu la, kuat sangat berjalan, kan dah demam.”
(sebenarnya dia malas nak dengar kite merengek & merepek…hihi)
Takla, Itu tandanya, dia risau tentang kesihatan kita & tak sanggup nak tengok kita sakit.


ROMANTIK TU BILA…
“Abg, cemana nak pasang khemah ni, tak pandai la”
Dia lak balas,
 “ Cuba la dulu”.
(sebenarnya malas nak layan kita yang ngada2 ni..hakhakhak)
Tak la,  Itu tandanya, dia nak kita belajar berdikari & yakin pada diri sendiri.





ROMANTIK TU BILA…
Dah lama kita  tak masak makanan kegemarannya
Dan dia berkata,
” yang, kerang tumis tu sedap la.Dah lama tak makan.”
(sebenarnya dia dah boring asyik makan kat kedai mamak/asyik makan benda yg sama je..telur goring!!..huhuhu)
Tak la, Itu tandanya, dia menghargai  air tangan kita.


ROMANTIK TU BILA..
Dia punya masa untuk bersama teman – temannya,
dan dia tak ganggu kita time kita bersama teman – teman kita..
(sebenarnya, dia boring asyik nak berkepit ngan kita je)
Takla, itu tandanya dia masih menghormati privasi diri kita


ROMANTIK TU BILA….
Azan baru je habis, dan dia pun menghantar mesej kat kita,
“yang, jom solat”.
(sebenarnya dia malas nak kena bebel sbb lambat2kan solat)
 Takla, itu tandanya dia nak kita sama-sama sentiasa mengingati-NYA jangan asyik cakap “I love u” kat dia je
, kat Allah pun ne cakap “ I LOVE U” gak.


ROMANTIK TU BILA…
Ketika dia dia perlu ‘outstation”
Dan dia curi – curi masa sibuknya untuk menghubungi kita semata – mata ingin mengatakan
”I LOVE U”..




Thursday, 26 April 2012

MENYINTAIMU SATU ANUGERAH & NIKMAT

Ibu..Mummy, Mama..Ummi..


Erm..macam-macam panggilannya, tapi yang pasti dia lah manusia yang pernah berkongsi jasad dengan kita.
Emak... Besar peranannya dalam kehidupan ini..

Kadang kala mak menjadi TEMPAYAN BESAR
Tempat kami mencurahkan segala rasa bengkek di hati..
 Rasa marah kat bos
 Rasa menyampah tak memasai kat pegawai kerajaan
 Rasa tak puas hati dengan teman seperjuangan
Mak la tempat mencurah perasaan tu, sampai penuh TEMPAYAN mak dengar..


Kadang kala, mak terpaksa membesarkan telinga seperti TELINGA GAJAH
Mendengar segala macam cerita kami yang ntahapahapa ni..
Cerita kelakar, jatuh longkang
Cerita bahagia, bila hati disunting sang cinta
Cerita giler, mengenakan teman sebilik
Cerita gembira, bila dapat naik gaji..
Sebesar-besar TELINGA mak pinjamkan kepada kami.. 


Kadang kala, mak menjadi TV PLASMA 60 INCI
Menayangkan cerita adik beradik yang tersebar jauh
Menayangkan cerita gelagat cucu yang menakal
Juga menayangkan cerita ayam, itik yang selalu dibaham musang..
Sangat jelas tanyangan tu kami tengok..


Kadang kala, Mak menjadi ENSIKLOPEDIA & KAMUS TEBAL..
Istilah - istilah mak guna kadang-kala aku xpenah tau
Istilah - istilah mak pakai kadang kala meliputi sains, agama, geografi
Istilah -istilah mak keluarkan siap dengan maksud..
Wow, kagumnya aku..

Kadang kala, Mak bertukar menjadi INTERNET
Klik tentang keagamaan, berdesup  cerita - cerita nabi, hukum hakam
Klik tentang politik, tertera pasal PAS, UMNO, KEADILAN
Klik tentang masakan, berderet resepi - resepi keluar, siap dengan petua lg You. Pakej tau!
Klik tentang cinta, maka keluar kisah - kisah hidup dia dengan abah..
Luasnya pengetahuan mak..


Tempayan Besar ke,
Telinga Gajah ke,
TV plasma 60 inci ke,
Ensiklopedia & Kamus Tebal ke,
Internet ke..
Itu semua harta dunia, yang semua orang boleh beli..

 Tapi mak..
Satu - satunya insan yang pernah berkongsi jasad dengan kita..
Satu - satunya insan yang kekal menjadi nadi kita..
Satu - satunya insan yang terus menjadi tulang belakang kita..

Kadang - kala bukan duit yang dia mahukan,
Cukuplah sebuah ingatan yang kita berikan padanya..
Sesekali pulang ke kampung atau menghubunginya di telefon sudah cukup besar bagi mak..

Anugerah Tuhan PALING BESAR bila hati kita terus kekal menyintai kedua orang tua...

SAYA MENYINTAI MAK SAYA!!! 
3 generasi, Mak, saya & anak-anak...

p/s: setiap kali entry pasal famili, saya akan bergenang air mata...






Thursday, 19 April 2012

Feeling like BONDA..


Assalamualaikum.. jawab sambil teersenyum tanda anda sedang menikmati hidup ni..

Puas melihat anak-anak membesar di depan mata. Walaupun anak-anak tu  hanya anak buah. Agaknya macam ni la kan perasaaan seorang ibu & ayah yang melahir, membesar dan mendidik anak – anak dengan tangan sendiri. Pahit manis tanggungjawab tu  mereka sendiri yang rasa, bukannya dipindahkan kepada bibik  atau pengasuh.

Anak-anak akak... Nak masuk 5 bulan Ogos ni..Insya Allah..

Aku ada tujuh anak buah dari tiga orang adik beradik aku yang dah kawin. Yang lebih menyeronokkan tahun ni tahun kegemilangan kami (insyaAllah) sebabnya, kesemua mereka sedang pregnant & akan bersalin pada Julai & Ogos ni. Insya Allah. Makanya semakin bertambah la anak- anak aku lepas ni. Semoga kebanjiran anak – anak buah ni mengajar & mendidik diri aku menjadi lebih baik lagi lepas ni.
anak-anak dee..Nak masuk 3 bulan Julai ni..Amin

Yang paling penting, aku dapat belajar dan mempersiapkan diri menjadi seorang ibu. Belajar mandikan diorang, buatkan susu, beri makan, handle diorang yang menggila tatkala Nampak barang permainan kat pasaraya. Ya Allah, bukan senang nak buat benda tu semua,silap hari bulan merasa la tapak kaki saiz 6 aku ni.. Ececeh..( dok penah pung aku buat, terfikir pun tak penah lagi, time nak menulis ni je laju benda tu kuar). 
anak alang..nak masuk 2 bulan Ogos ni. Alhamdulillah..

Pada aku, nak belajar jadi ibu ni bukan masa dah kawin, bukan masa dah mengandung, tapi dari sekarang ni la kena belajar. Semoga nnt tidak la kekok. Ye dak!!  Tapi perlu diingatkan belajar jadi ibu sebelum kawin itu bukannya bermaksud perlu mengandung sebelum nikah ya, tidak! Tidak! Jangan buat begitu, aku tak sarankan begitu. Jaga la diri sebaiknya, semoga nanti Allah permudahkan perjalanan kehidupan kita & ditemukan dengan bakal pasangan yang sekufu dengan kita.

Thursday, 12 April 2012

Masalah..maslaah..masalah...




Jangan Anggap Masalah itu sebagai halangan
Anggaplah ia sebagai Permainan
Bila kita menganggap masalah itu sebgai halangan, kita akan terseksa dan sengsara untuk mengharunginya
Tapi bila kita menganggapnya sebagai suatu permainan, kita lebih teruja untuk menamatkan permainan itu dan menjadi pemenangnya..


Siapa saja, apa pun status diri mereka, masalah tetap akan singgah menjengukkan diri dalam kehidupan seseorang. Cuma terpulang kepada orang itu untuk bertindak & berhadapan dengan masalah tersebut. Apa yang pasti, masalah untuk diselesaikan bukan untuk ditangisi. Semakin cepat kita selesaikan permasalahan yang timbul, semakin tenang kehidupan yang dilalui. Kalau kita cuma meratapi dan kemudian mencanang ke seluruh buana tentang masalah tersebut tanpa ada usaha untuk menyelesaikannya, cemana masalah tu nak selesai. Betul tak??


Bagi aku, masalah itu tidak harus dianggap sebagai halangan untuk terus cemerlang dan maju dalam kehidupan ini. Sebenarnya, masalah itulah yang menjadikan seseorang sebagai wira, mengorak langkah menjadi hebat, cemerlang dan terbilang. Pernah dengar kan kata – kata ni??



                   Orang cemerlang selalu melihat peluang dalam setiap masalah
Orang bodoh pula selalu melihat masalah dalam setiap peluang yang diberikan.

Apapun keadaaannya, siapa pun yang mencetuskan permasalahannya, orang bijak akan selalu mengambil pengajaran dalam setiap apa yang berlaku pada dirinya, baik atau buruk!!. Secara peribadinya, kita perlu berterima kasih pada orang yang mendatangkan masalah pada diri kita. Kenapa???

 Sebabnya :

1.       Kerana dialah kita belajar tentang ERTI KESABARAN
2.       Kerana dialah kita belajar tentang SEBUAH PENGHARGAAN
3.       Kerana dialah kita belajar tentang MAKNA KESUSAHAN
4.       Kerana dialah juga kita belajar tentang KEMATANGAN

Sebenarnya dari maslah itulah Allah melihat keimanan dan ketakwaan seseorang itu kepadaNYA. Sama ada ia semakin meningkat atau semakin menjunam.

Cuba bayangkan hidup ni tanpa manusia macam diorang ni, cuba bayangkan hidup ini sentiasa bahagia, cuba bayangkan hidup ini penuh kesenangan, cuba bayangkan hidup ini TANPA MASALAH. Sangat bosan kan!! Sebab itulah Allah SWT mewujudkan sesuatu itu penuh sebab, DIA takkan adakan sesuatu tanpa sebab yang boleh memberi iktibar kepada kita HAMBANYA. Orang BERIMAN akan selalu melihat PENGAJARAN & ILMU dalam setiap detik kehidupannya, sedangkan orang DANGKAL akan sentiasa melihat setiap yang berlaku itu sebagai PEMUSNAH kehidupannya.



Mahu cemerlang atau sebaliknya, itu PILIHAN KITA….

Tuesday, 3 April 2012

Benci Seadanya...


Tak hagak2 kau nak ngumpat pun.. Habis bersembur segala air dlm mulut tu.. Eyak!!!”
                                                       

Assalamualaikum..dah lama tak post entry ..

Hidup ni pelik kan..Kadang kala tanpa semena – mena orang menyampah giler kat kita. Kadang – kala kita lak menyampah cam nak pengsan kat orang tu.

Alkisahnya…

              “Selalu gak tengok “Si A” benci giler kat “Si B”. Pantang disebut nama si B, maka dia mula la berapi2. Tak cukup mulut nak bercerita tentang rasa menyampah kat orang tu. Bila diteliti – teliti semula, aku sendiri taktau kenapa perlu wujud perasaan macam tu, sedangkan si B tu mungkin tak peernah sedar langsung tentang kewujudan Si A kat muka bumi ni. Nak terlentang ke, tunggang terbalik ke, takde plak pernah dikesahkan. Yang pasti aku tengok si B tu terus saje bahagia. “


             Ermmm..pelik kan kehidupan ni. Pada aku, apapun kisah dan kenangannya yang terjadi di masa lalu, anggap la ia secebis kisah untuk mewujudkan kematangan diri. Jangan terlalu diikutkan rasa menyampah & benci tu, kerana takut suatu masa nnt di suatu perjalanan yang entah bila akan sampai ke penghujungnya ini, orang yang kita benci tu la akan datang menghulurkan bantuan. Takde sape tau kan..


              Membenci la seadanya, sayang juga perlu seadanya. Rasa yang keterlaluan tu hanya akan memakan diri. Baik buruk sesuatu perkara dalam kehidupan ni, ada timbal baliknya yang Allah dah tetapkan.

          Belajar memaafkan & belajarlah akui kesilapan, dari situ, kita akan belajar menjadi ANGGUN & UNGGUL.