Assalamualaikum.. jawab sambil teersenyum tanda anda sedang menikmati hidup ni..
Puas melihat
anak-anak membesar di depan mata. Walaupun anak-anak tu hanya anak buah. Agaknya macam ni la kan perasaaan seorang
ibu & ayah yang melahir, membesar dan mendidik anak – anak dengan tangan
sendiri. Pahit manis tanggungjawab tu
mereka sendiri yang rasa, bukannya dipindahkan kepada bibik atau pengasuh.
![]() |
Anak-anak akak... Nak masuk 5 bulan Ogos ni..Insya Allah.. |
Aku ada tujuh
anak buah dari tiga orang adik beradik aku yang dah kawin. Yang lebih
menyeronokkan tahun ni tahun kegemilangan kami (insyaAllah) sebabnya, kesemua
mereka sedang pregnant & akan bersalin pada Julai & Ogos ni. Insya
Allah. Makanya semakin bertambah la anak- anak aku lepas ni. Semoga kebanjiran
anak – anak buah ni mengajar & mendidik diri aku menjadi lebih baik lagi
lepas ni.
![]() |
anak-anak dee..Nak masuk 3 bulan Julai ni..Amin |
Yang paling penting,
aku dapat belajar dan mempersiapkan diri menjadi seorang ibu. Belajar mandikan
diorang, buatkan susu, beri makan, handle diorang yang menggila tatkala Nampak
barang permainan kat pasaraya. Ya Allah, bukan senang nak buat benda tu semua,silap hari bulan
merasa la tapak kaki saiz 6 aku ni.. Ececeh..( dok penah pung aku buat,
terfikir pun tak penah lagi, time nak menulis ni je laju benda tu kuar).
![]() |
anak alang..nak masuk 2 bulan Ogos ni. Alhamdulillah.. |
Pada
aku, nak belajar jadi ibu ni bukan masa dah kawin, bukan masa dah mengandung,
tapi dari sekarang ni la kena belajar. Semoga nnt tidak la kekok. Ye dak!! Tapi perlu diingatkan belajar jadi ibu
sebelum kawin itu bukannya bermaksud perlu mengandung sebelum nikah ya, tidak!
Tidak! Jangan buat begitu, aku tak sarankan begitu. Jaga la diri sebaiknya,
semoga nanti Allah permudahkan perjalanan kehidupan kita & ditemukan dengan
bakal pasangan yang sekufu dengan kita.
Ain ko tau x, senyum sorang2 aku dibuatnya bila baca entry ni... terserlah sifat penyayang ko beb! dah layak jadi mak orang dah ko ni... mak kpd anak sendiri okay :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteish, xde butang like lak..hahahha..
Deleteaku cuma jadi diri sendirik je..>_<