Loading...

Wednesday, 6 March 2013

Kampung Saya..

Tu dia, tajuk cam karangan sekolah rendah dulu..hihihi

Tetiba teringat kat kampung.. Hokey, bukan tiba-tiba, ini dinamakan tabiat. Bila hujung-hujung minggu je, hati, jantung, hempedu,semua mencanak lari menuju ke kampung halaman. Haish, payah sungguh. Orang kabor, ketagih!! Ketagih nak balik kampung, mengkalo tak dapat balik kampung mula la lemah longlai dibuatnya.. Mau nya satu keje hape pun tak menjadi..

 Itula aku!! Selalunya aku akan balik kampung dua minggu sekali. Itu paling lama la. Penah gak try nak balik sebulan sekali, tapi tak pernah pun berjaya, masuk minggu ketiga dah tak boleh meneruskan kehidupan. 

Dan pernah gak aku balik kampung pukul 2-3 pagi, hihihi. Itu memang kes meroyan, memang tak boleh tahan dah. Lenjan je la, nak buat cemana. Dari Semenyih ke Lanchang, lebih kurang 3-4 jam gak la, campur isi minyak, tido kat Petronas, 5 jam perjalanan. Sekor - sekor balik kampung pukul 2-3 pagi. Pernah sekali kena tahan polis hok buat roadblock kat Serdang denun. Depa ingat aku budak bawah umur lari dari rumah. Hamlos la!!!

Berjimba dengan famili
Paling tak tahan, pernah kena kejar dengan lori hantu kat lebuhraya KL-KARAK. Hokey, start kejadian tu, aku memang tak berani dah balik kampung pukul 2-3 pagi secara solo. Meremang bulu-buluan..


ok, skrg aku percaya highway KL-KARAK berhantu.. 

Kalau nak ikutkan, takde apa pun kat kampung tu. Yang adanya cuma paya seluas mata memandang, hutan sesemak mata menengok.

Tu dia, bkn main jangok lg pegi memancing ikan..
 
Tapi yang istimewanya, kat kampung tu la ada PERMATA HATI aku. Ada MAK, ABAH, ada kenangan zaman kecik-kecik dulu, dan kat situ la tempat aku dan adik beradik 'bergusti'. Itula magnet yang paling kuat, satu -satunya sebab hati ni meronta - ronta nak balik kampung tetiap minggu. Tapi kalau dok kampung lama-lama tak mau jugak...hahhahaha..dia dapat balik sekali sekala tu yang bestnya.. 

 
Ini aktiviti yang paling kerap dibuat, maklum la masing - masing kuat makan..

BETUL TAK?? Jom kita balik kampung!!!



 

No comments:

Post a Comment