Wednesday 6 June 2012

Ragam Orang...


Assalamualaikum...


(Sehari sebelum Kejadian )

Dalam kehidupan ni ada macam – macam ragam manusia. Semakin jauh kaki melangkah, semakin panjang usia berjalan, semakin banyaklah kerenah manusia yang kita akan jumpa. Aku pun secara peribadinya, kadang kala rasa sangat sesak dengan ragam manusia (eh, aku pun manusia gak >_<).


Penah beberapa ketika, terasa diri dipijak – pijak, dihenyak – henyak oleh manusia yang tak punya perasaan. Manusia yang mementingkan diri, manusia yang hanya mengejar kesenangan diri sendiri tanpa sedikit pun menghiraukan kesengsaraan orang lain. Kadang – kala hanya disebabkan kesenangan duniawi, anak bermusuhan dengan ibu bapa, adik beradik berperang, sahabat bersengketa, rakan sekerja saling membenci. Sangat gawat keadaan begitu.


telur pun dah pandai ada perasaan..
Entah kenapa, begitu tegar untuk menjadikan seseorang tu musuh, sedangkan kita pernah baik dengannya, sedangkan dia pernah membantu kita, sedangkan dia tidak pernah terlintas untuk memusuhi kita, ikhlas menjalin hubungan. Pelik kan ragam manusia ni. 


Aku?? aku percaya, manusia yang jiwanya sakit sahaja akan memusuhi seorang sahabat, menjadikan orang – orang yang rapat, yang pernah membantu sebagai musuh yang sangat bahaya. Dalam diri mereka, sentiasa beranggapan, orang lain sedang mengambil peluang untuk menjatuhkannya. So, sebelum orang lain menjatuhkan mereka, mengkhianati mereka, biarlah mereka yang buat dulu.


 Kalau korang berhadapan dengan orang macam ni, terus sabar dan tabah je la. Kalau suatu hari rasa dah tak mampu sangat bersabar, jauhkan la orang macam ni. Jangan balas apa yang dia lakukan pada korang, kalau korang balas..erm, xde bezanya korang dengan dia.



“ORANG YANG HEBAT ADALAH ORANG YANG MAMPU MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN



1 comment:

  1. Titanium-Arctic Head TitaniumTi S6 - TitaniumArctic.com
    Titanium-Arctic head TitaniumTi ford escape titanium 2021 S6 citizen eco drive titanium watch is a top titanium nipple bars class quality titanium-art. The craftsmanship and ford edge titanium craftsmanship of the babyliss nano titanium Titanium-Arctic head titanium-art Materials: Titanium-Arctic head titanium-art$39.99

    ReplyDelete