Assalamualaikum..
Salam Sedih Di Hari Isnin..
Hilang..hilang..hilang….
Banyak
benda yang hilang, tapi boleh diganti balik…
Tapi
ada juga yang hilang, walau diganti tetap masih teringat kat yg lama gak..
Handphone..
Baru
beberapa bulan lepas kehilangan hp. Hp yang menjadi buah tangan pertama aku
bila habis study dulu..Gaji pertama lak tu, 4 tahun guna.Walaupun tak canggih
mana tapi disebabkan itu adalah gaji
pertama, maka kehilangannya masih dirasai..
Gugu si Kapogi..
Juga
telah meninggalkan aku pada hari Jumaat yang lalu. Hilang ghaib tanpa dapat dijejaki.. Agak terkilan bila
tak dengar pesan mak supaya letakkan Gugu & Nunu kat tempat yang lebih
tinggi. Tapi yang aku musykilkan, cemana kekura yang kaki pendek tu leh panjang
bekas tu yang menghilangkan diri entah ke mana. Musykil! Musykil..Maka hari ni tinggallah si Nunu sendirian..So, nnt kena cari pengganti Gugu..Sedih :(
Sahabat..
Pernah
rasa “kehilangan” sahabat baik bila kami terpaksa membawa haluan memasing
setelah tamat tingkatan 5. Huhuhu, punyalah merana hidup aku bila tetiba rasa
terpaksa berjalan terkontang kanting seorang diri tanpa kekawan. Dan aku hampir
phobia nak bkawan rapat ngan org. Tapi akhirnya, kecanggihan teknologi telah
menemukan kami semula. Sekarang saya dah dapat semula kawan2 baik saya. Juga
teringat, banyak2 kawan kat UPM dulu yang terus kekal sangat baik ngan saya cuma
sorang je.Terima kasih Rohaini Zakaria, Nurul Akmal
Mohd Yusoff, Nur Hazwani Ahmad Kamal, Suhana Sabran, Siti Sarah Hamzah, Rozana
Razali, Siti Zubaidah Zainuddin & Munira Sabri kerana terus jadi sahabat baik saya.
Tapi
kehilangan
terbesar dalam hidup aku berlaku pada tahun 2004. Sekelip mata, kami
kehilangan ahli keluarga. 20 Disember 2004. Arwah adik aku meninggalkan kami
dalam keadaan dia sihat walafiat. Meninggal akibat kemalangan jalan raya. Suatu
kehilangan yang tak mungkin akan dapat penggantinya.Kehilangan yang membuatkan
kami tersentak dari lamunan, kehilangan yang membuatkan kami menghargai kewujudan
ikatan kekeluargaan, kehilangan yang membuatkan kami sedar tentang peritnya
suatu perpisahan. Semoga arwah adikku, MOHD RIDWAN BIN SITI MAHNI tenang di
persemadian, tenang menghadap PenciptaNya.
Al-Fatihah
untuk arwah adikku..
Hargailah sesuatu itu, selagi ia milik kita..
No comments:
Post a Comment